Monday, March 30, 2009

Temasya Sukaneka PASTI Kali Ke 18 meriah.

Pada 29 Mac 2009 yang lalu, Temasya Sukaneka PASTI kali ke 18 telah diadakan dengan penuh meriah. Sukaneka kali ini melibatkan 11 buah PASTI yang terdiri daripada PASTI seluruh Zon Sandakan termasuk Daerah Kinabatangan.

Antara kontinjen yang mengambil bahagian

Temasya kali ke 18 ini telah diadakan di Padang Bandaran Sandakan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En Ramlan, YDP PAS Kawasan Sandakan. Walaupun pada awalnya Pengarah PASTI Negeri Sabah; En Yakari adalah yang dijadualkan untuk menjadi perasmi majlis tersebut, ia sama sekali tidak menjejaskan kemeriahan temasya tersebut.

Ucapan perasmian oleh En Ramlan


Temasya sukaneka yang melibatkan 10 kontijen ini mempertandingkan beberapa acara seperti lari 4 x 50 m, isi air dalam botol, lari ikat kaki dan lain-lain. Selain itu, bagi acara terbuka menghidangkan beberapa pertandingan seperti lari dalam karung (acara lelaki), menganyam ketupat (acara wanita), tarik tali dan lain-lain. Penyertaan bagi acara terbuka kali ini sungguh menggalakkan sehingga AJK acara terbuka tersebut tidak menang tangan menerima pendaftaran penyertaan.

Peserta untuk acara 4 x 50 m


2 orang kanak2 Tiong Hua yang mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna


Menerima hadiah kemenangan


Antara aktiviti lain yang diadakan sempena Temasya Sukaneka PASTI kali ke 18 ini ialah cabutan bertuah, melukis, mewarna, jualan dan lain-lain. Di hujung temasya, kontinjen PASTI Saidina Umar al-Khattab telah diumumkan sebagai juara keseluruhan, sementara johan bagi acara perbarisan ialah kontinjen PASTI Saidina Abu Bakar as-Siddiq.

PASTI Saidina Abu Bakar johan perbarisan


Ini dia juara keseluruhan, PASTI Saidina Umar


Pihak Pengurusan PASTI Zon Sandakan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Majlis Perbandaran Sandakan, My Zam Enterprise, HUB Produk Muslim, Purnama Enterprise, Robinsons, para petugas, Unit Amal Sandakan dan semua yang terlibat dalam menjayakan temaysa kali ini. Akhirnya, terimalah pantun yang biasa ini sebagai penutup;


Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kami menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Tahun depan kita bersukaneka lagi...


Antara petugas temasya kali ini


Sekian.

No comments: