Monday, March 30, 2009

Temasya Sukaneka PASTI Kali Ke 18 meriah.

Pada 29 Mac 2009 yang lalu, Temasya Sukaneka PASTI kali ke 18 telah diadakan dengan penuh meriah. Sukaneka kali ini melibatkan 11 buah PASTI yang terdiri daripada PASTI seluruh Zon Sandakan termasuk Daerah Kinabatangan.

Antara kontinjen yang mengambil bahagian

Temasya kali ke 18 ini telah diadakan di Padang Bandaran Sandakan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En Ramlan, YDP PAS Kawasan Sandakan. Walaupun pada awalnya Pengarah PASTI Negeri Sabah; En Yakari adalah yang dijadualkan untuk menjadi perasmi majlis tersebut, ia sama sekali tidak menjejaskan kemeriahan temasya tersebut.

Ucapan perasmian oleh En Ramlan


Temasya sukaneka yang melibatkan 10 kontijen ini mempertandingkan beberapa acara seperti lari 4 x 50 m, isi air dalam botol, lari ikat kaki dan lain-lain. Selain itu, bagi acara terbuka menghidangkan beberapa pertandingan seperti lari dalam karung (acara lelaki), menganyam ketupat (acara wanita), tarik tali dan lain-lain. Penyertaan bagi acara terbuka kali ini sungguh menggalakkan sehingga AJK acara terbuka tersebut tidak menang tangan menerima pendaftaran penyertaan.

Peserta untuk acara 4 x 50 m


2 orang kanak2 Tiong Hua yang mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna


Menerima hadiah kemenangan


Antara aktiviti lain yang diadakan sempena Temasya Sukaneka PASTI kali ke 18 ini ialah cabutan bertuah, melukis, mewarna, jualan dan lain-lain. Di hujung temasya, kontinjen PASTI Saidina Umar al-Khattab telah diumumkan sebagai juara keseluruhan, sementara johan bagi acara perbarisan ialah kontinjen PASTI Saidina Abu Bakar as-Siddiq.

PASTI Saidina Abu Bakar johan perbarisan


Ini dia juara keseluruhan, PASTI Saidina Umar


Pihak Pengurusan PASTI Zon Sandakan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Majlis Perbandaran Sandakan, My Zam Enterprise, HUB Produk Muslim, Purnama Enterprise, Robinsons, para petugas, Unit Amal Sandakan dan semua yang terlibat dalam menjayakan temaysa kali ini. Akhirnya, terimalah pantun yang biasa ini sebagai penutup;


Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kami menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Tahun depan kita bersukaneka lagi...


Antara petugas temasya kali ini


Sekian.

Sunday, March 29, 2009

Program wakaf menyiapkan PASTI Darul Ulum, Kinabatangan.

Assalamu'laikum dan Salam Sejahtera...
Satu program wakaf telah diwujudkan bagi menyiapkan ubahsuai PASTI Darul Ulum, Kinabatangan.
Tuan-tuan / puan-puan yang berminat untuk mewakafkan harta bagi menyiapkan proses ini boleh membuka laman web ini; http://pastikinabatangan.blogspot.com/2009/03/program-wakaf-menyiapkan-pasti-darul.html

Thursday, March 26, 2009

Menjelang Temasya Sukaneka Tahunan PASTI Zon Sandakan


Dalam masa beberapa hari lagi iaitu pada 02 Rabiul Akhir bersamaan 29 Mac 2009, PASTI Zon Sandakan bakal mengadakan Temasya Sukaneka Tahunan kali ke 18. Dan semalam (25.3.2009) telah diadakan mesyuarat terakhir bagi membincangkan persiapan akhir menjelang hari temasya nanti.


Dan sejarah baru bakal dicatatkan dalam temasya sukaneka PASTI tahun ini. Kalau tahun-tahun yang lalu, sukaneka PASTI Zon Sandakan ini mnyaksikan penyertaan dari 8 buah PASTI iaitu 7 PASTI dari sekitar Sandakan dan 1 PASTI dari Kinabatangan. Namun pada tahun ini kemeriahan, suasana ceria dan cergas anak-anak kita pelajar PASTI akan lebih dirasai kerana peningkatan jumlah penyertaan kontinjen dari semua 10 buah PASTI di Sandakan dan 1 PASTI dari Kinabatangan.


Secara tidak langsung, kemeriahan yang bakal kita saksikan itu turut melibatkan ibu bapa dan seluruh warga PASTI Zon Sandakan. Oleh yang demikian, di samping acara sukaneka yang akan ditandingi oleh anak-anak kita, pihak Jawatankuasa Sukaneka seperti biasa turut menyediakan pelbagai acara untuk kaum ibu dan bapa serta orang ramai.


Untuk makluman, temasya sukaneka kali ini akan dirasmikan oleh Pengarah PASTI Negeri Sabah iaitu Sdr Yakari Sulong.


Justeru, pihak pengurusan PASTI Kawasan Sandakan mempersilakan warga Sandakan datang beramai-ramai menyaksikan serta memeriahkan lagi temasya tahunan ini.

Semoga apa yang kita rancang ini dipermudahkan urusannya oleh Allah Taala dan ianya berjalan dengan lancar.

Insya Allah.






Saturday, March 7, 2009

PENGHARGAAN BUAT SEMUA PENGASAS PASTI KAWASAN SANDAKAN


Assalamualaikum wr. wb.


Segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T Tuhan
sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi kita Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh kaum muslimin dan muslimat.


Pertamanya pihak pengurusan PASTI Kawasan Sandakan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala respon, komen dan cadangan kepada semua pengunjung blog PASTI Kawasan Sandakan.


Kami juga tidak lupa dan sentiasa menghargai serta amat-amat mengalukan sumbangan dalam bentuk wang ringgit demi kelangsungan memajukan PASTI di Sandakan ini.


Sebagai pengendali blog PASTI Kawasan Sandakan, saya secara peribadi mengucapkan setinggi ucapan terima kasih di atas kunjungan pelawat blog dan segala cadangan yang dicoretkan oleh anda semua di ruangan shoutbox. Secara tidak langsung ini memeriahkan dan mampu merancakkan lagi gerak kerja bagi memantapkan pengurusan PASTI Sandakan.


Dan khususnya kepada mereka yang telah menyemai, menanam, membaja, menyiram dan bertungkus lumus selama ini bekerja keras sehingga hari ini hasilnya PASTI Kawasan Sandakan telah muncul ibarat pohon rendang yang subur serta membuahkan hasil yang mampu dinikmati bersama.... Kepada mereka yang telah amat berjasa ini, kami mengalu-alukan segala teguran, cadangan atau apa saja respon agar apa yang kami lakukan tidak tersasar dan tidak sesekali melupakan segala jasa dan pengorbanan itu.


Seboleh-bolehnya, kami dengan rasa bangga ingin memaparkan di blog PASTI ini segala catatan dan nostalgia pengasas-pengasas dan mereka yang terlibat secara langsung dengan PASTI pada zaman awal penubuhannya.


Kami amat mengharapkan sumbangan bahan, artikel, gambar dan sebagainya bagi memenuhi maksud yang dinyatakan. Kami sedar berapa ramai orang yang bekerja keras untuk PASTI selama ini, kemungkinannya tidak lagi berada di bumi Sandakan. Ini menimbulkan sedikit kesulitan kepada kami untuk menggali segala kisah silam yang berkaitan dengan PASTI Kawasan Sandakan.


Justeru, kami amat berbesar hati jika sesiapa yang berkenaan membaca pesanan ini, menghubungi kami dengan segera sama ada melalui telefon mahupun e-mail.


Sekian, terima kasih.

Monday, March 2, 2009

Bengkel Pemantapan HSP PASTI 5 Tahun 2009

SANDAKAN sekali lagi akan menjadi tuan rumah bagi Bengkel Pemantapan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) PASTI 5 tahun anjuran Jabatan PASTI Negeri Sabah yang akan diadakan pada 7 hingga 9 Mac 2009. Bengkel ini akan berlangsung selama 3 hari yang bakal dihadiri oleh guru-guru PASTI tahun 5 bagi seluruh negeri Sabah dan Sarawak. Dianggarkan seramai 60 orang guru yang akan terlibat dalam program tersebut.
Kami selaku AJK dan tuan rumah mengalu-alukan kedatanggan para peserta bengkel dan penceramah ke bumi Sandakan. Di mana terdapat 4 premis PASTI yang akan digunakan sepanjang bengkel tersebut berlangsung untuk penginapan para peserta. PASTI yang terlibat ialah PASTI Saidina Umar Tmn Indah Jaya, PASTI Saidina Abu Bakar Batu 1 1/2, PASTI Saidina Hamzah Tmn Damai dan PASTI Saidina Ali Kg Sim-sim.
Berikut merupakan tentatif sepanjang program berlangsung.
Sabtu ( 7 Mac 2009)
8.00 am - Sarapan
8.30 am – 10.30 am : Ejaan Jawi Terkini & Aplikasinya dalam pengajaran I (Ust Sabri Azit)
11.00 pm – 1.00 pm : Ejaan Jawi Terkini & Aplikasinya dalam pengajaran II (Ust Sabri Azit)
1.00 pm – 2.30 pm : Solat Zohor / Makan Tengahari
2.30 pm – 4.30 pm : Pengenalan HSP5T & Penyusunan Takwim Pengajaran 2009 (Cikgu Roseman)
4.30 pm-5.00 pm : Solat Asar
5.00 pm – 6.00 pm : Rehat
6.00 pm – 8.30 pm : Solat Magrib / Kuliah Magrib / Solat Isyak / Makan Malam
8.30 pm – 11.00 pm : HST & RPT Bahasa Melayu I (Pn Khairia Mohammad)
11.00 pm : Balik ke penginapan / Tidur.

Ahad (8 Mac 2009)

5.30 am – 6.30 am : Solat Subuh / Kuliah Subuh
8.oo am - Sarapan
8.30 am – 10.30 am : HSP & RPT Bahasa Melayu II (Pn Khairia Mohammad)
11.00 pm – 1.00 pm : HSP & RPT Matematik (Pn Rosmawati Bt Ayob)
1.00 pm – 2.30 pm : Solat Zohor / Makan Tengahari
2.30 pm – 4.30 pm : HSP & RPT Bahasa PSSPI (Pn Rosmawati Bt Ayob)
4.30 pm - 5.00 pm : Solat Asar
5.00 pm – 6.00 pm : Rehat
6.00 pm – 8.30 pm : Solat Magrib / Kuliah Magrib / Solat Isyak / Makan Malam
8.30 pm – 11.00 pm : HST & RPT Bahasa Arab & Peribadi Muslim (Ust Shariman)
11.00 pm : Balik ke penginapan / Tidur

Isnin (9 Mac 2009)

5.30 am – 6.30 am : Solat Subuh / Kuliah Subuh
8.00 am - Sarapan
8.30 am – 10.30 am : HSP & RPT Bahasa Inggeris (Pn Rosmawati Ayob)
11.00 am – 12.30 pm : Sistem Pengujian & Pentaksiran PASTI Pusat (Tn Hj Rosli- Ketua Bahagian Pep & Penilaian Jab PASTI Pusat)
12.30 pm- 1.30 pm : Dialog & Majlis Penyampaian Sijil Kursus
1.30 pm – 2.30 pm : Solat Zohor / Makan Tengahari
2.30 pm – 4.30 pm : Bersurai
*bergantung pada sebarang perubahan.
Sekian, Terima kasih.

Lawatan PASTI Solahuddin ke Perpustakaan Sandakan.

27 Februari 2009 bersamaan hari Sabtu, Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) PASTI Solahuddin al-Ayubi telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Sandakan. Lawatan tersebut terdiri daripada 39 orang pelajar, 11 oarang yang terdiri daripada ibu bapa pelajar dan diiringi oleh 2 orang guru iaitu Cikgu Madlinah Lansokong dan Cikgu Juriah Salamun. Antara tujuan lawatan tersebut tidak lain adalah untuk memberikan gambaran awal kepada pelajar PASTI suasana perpustakaan di samping melahirkan budaya membaca di kalangan para pelajar.
Perpustakaan Negeri Sabah Caw. Sandakan

Pelajar PASTI Solahuddin al-Ayubi



Ibu bapa pelajar turut serta dalam lawatan ini


Oleh yang demikian, AJK PASTI Zon Sandakan, mengucapkan tahniah dan syabas di atas komitmen JIBG menganjurkan aktiviti yang bermanfaat ini. Semoga JIBG tersebut lebih komited lagi dalam mengajurkan sebarang program untuk manfaat bersama.
Sekian.