Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En Abdul Wahid, YDP PAS Kawasan Sandakan. Dalam ucapan beliau, ditegaskan bahawa PAS melalui Dewan Pemudanya telah bertungkus lumus dalam usaha mewujudkan sistem pendidikan Islam yang syumul. Melalui sistem ini diharapkan agar anak yang lahir mampu mendalami konsep Islam dengan lebih baik berbanding apabila menerima pendidikan daripada institusi Pra Sekolah lain yang jelas tidak menekankan Islam dengan sepenuhnya.
En Abdul Wahid
Beliau turut menegaskan bahawa ibu bapa sewajarnya menjadi contoh tauladan kepada anak masing-masing dalam usaha PASTI menjadi wadah pendidik buat mereka. Sebagai contoh apabila di PASTI anak-anak diajar untuk berdoa, ibu bapa mesti menunjukkan contoh tersebut di rumah. Begitulah juga dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya konsep ini dapat dilakukan, sudah pasti anak-anak akan sentiasa terdidik dengan cara Islam yang betul dan dapat menjadi tunas Islam yang sentiasa mengamalkan Islam di mana pun mereka berada.Dalam majlis tersebut juga, turut diraikan penerima Anugerah Murid Terbaik Setiap Kelas, Anugerah Khas JIBG, Anugerah Ibu Bapa Prihatin, Anugerah PASTI Ceria dan beberapa anugerah yang lain. Majlis tersebut telah berakhir pada 11.30 pagi dengan jayanya.