Sunday, November 30, 2008

Saturday, November 29, 2008

Kenali PASTI-PASTI di Sandakan

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan salah satu entiti pendidikan pra sekolah Islam di Sandakan. PASTI adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti Dewan Pemuda PAS Pusat, manakala PASTI Kawasan Sandakan adalah di bawah pengurusan aktiviti Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan.

PASTI Kawasan Sandakan (sehingga 2008) merangkumi 7 buah PASTI yang ditubuhkan tidak termasuk Kinabatangan.
InsyaAllah mulai sesi 2009, 3 buah lagi cawangan PASTI akan diwujudkan di sekitar Sandakan ini.

PASTI memberi sumbangan yang cukup besar dalam bidang pendidikan pra sekolah yang berasaskan Sistem Pendidikan Islam berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah.

Cawangan-cawangan PASTI di Sandakan

1- PASTI Saidina Abu Bakar as-Siddiq
Ditubuhkan pada tahun 1989 dan merupakan PASTI yang pertama, terawal di yang muncul di Sandakan.



Lokasi : Flat Batu 1 ½, Sandakan
Nama Mudir : Cik Analisah
Nama Guru : 1- Pn Siti Sofiah Rafa’ei
2- Pn Yusma Weran




2- PASTI Saidina Umar al-Khattab
Ditubuhkan pada tahun 1999 dan merupakan PASTI yang kedua di Sandakan.



Lokasi : Tmn Indah Jaya, Sandakan
Nama Mudir : Sdr Shamsul Rizal Zulfatmi
Nama Guru : 1- Cik Qamariah
2- Pn Rosmah



3- PASTI Saidina Uthman Ibn Affan
Ditubuhkan pada tahun 2000.


Lokasi : Flat Tmn Mawar, Sandakan
Nama Mudir : Pn Norsah Bongsu
Nama Guru : 1- Cik Haslina
2- Cik Siti Nurul Rahmah




4- PASTI Saidina Ali Bin Abi Talib
Ditubuhkan pada tahun 2002.




Lokasi : Flat Kg Sim-sim, Sandakan
Nama Mudir : Sdr Haris
Nama Guru : 1- Cik Nani
2- Pn Jumrah


5- PASTI Solahuddin al-Ayubi
Ditubuhkan pada tahun 2003.


Lokasi : Flat Taman Sejati, Sandakan
Nama Mudir : Ust Mujahidin Mat Yasin
Nama Guru : 1- Cik Juriah
2- Cik Madlinah

6- PASTI Saidina Hamzah
Ditubuhkan pada tahun 2008.


Lokasi : Taman Damai, Sandakan
Nama Mudir : Sdr Sahar Abdul Majid
Nama Guru : 1- Pn Majidah
2- Cik Nurul Farhana

7- PASTI Khalid al-Walid
Ditubuhkan pada tahun 2008.

Lokasi : Kg Tinusa 2, Sandakan
Nama Mudir : Ust Mahdzir Madon
Nama Guru : 1- Pn Mardiana
2- Pn Rosni

Wednesday, November 26, 2008

Monday, November 24, 2008

KAEDAH HAFAZAN

Post ini didedikasikan buat guru-guru PASTI, ibu-ibu bapa dan juga kita semua dalam memudahkan anak-anak kita menghafaz.
Mudah-mudahan memberi manfaat untuk kita semua.


Kaedah Sebelum Menghafaz

1) Ikhlas dan niat sebelum menghafaz dan menghayatinya semata-mata kerana Allah S.W.T. dan inginkan pahala yang berlipat ganda yang disediakan oleh Allah S.W.T. di akhirat kelak.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud ;
Katakanlah (wahai Muhammad) ; “Sesungguhnya Aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama.”
Surah Az-Zumar : Ayat 11

2) Masa yang baik untuk menghafaz ialah dalam lingkungan 5 tahun. Di dalam usia begini seseorang dapat menghafaz dengan cepat dan kurang bermasalah sebagaimana peribahasa Arab ada mengatakan yang bermaksud ; “Menghafaz di waktu kecil seperti mengukir dibatu dan di waktu besar seperti mengukir di air.”


3) Sebelum menceburkan diri dibidang menghafaz, hendaklah terlebih dahulu memperbetulkan sebetulnya huruf Al-Quran daripada cara yang sebaik-baik sebutan.


4) Menggunakan mushaf tertentu sahaja semasa menghafaz atau mengulang tanpa diubah-ubah. Seelok-eloknya mushaf ‘Othmaani.


5) Membuat anggaran ayat atau muka surat yang mampu dihafaz dalam masa sehari. Selepas itu memulakan hafazan pada baris yang pertama dengan bacaan tartil. Sebaik-baiknya dengan lagu yang sesuai bagi menghilang jemu. Kemudian diulang beberapa kali tanpa pengurangan pada hukum tajwid dan wakaf ibtida’.


6) Mengetahui maksud hubungan di antara satu ayat dengan yang lain. Ini boleh menolong seseorang penghafaz.


7) Tiap-tiap kali sebelum menghafaz hendaklah membaca doa ;
اللّهُمَّ نَوِّرْ بِكِتَابِكَ بَصَرِى وَاشْرَحْ بِهِ صَدْرِىْ وَاسْتَعْمِلْ بِهِ بَدَنِى وَأَطْلِقْ بِهِ لِسَانِى وَقَوِّبِهِ جَنَانِى وَأَسْرِعْ بِهِ فَهْمِى وَقَوِّبِهِ عَزْمِى بِحَوْلِكَ وَقُـوَّتِكَ فَإِنَّهُ لاَ حَوْلَ وَلاَقُوَّةَ إِلاَّ بِكَ يَا أَرْحَمَ الرّحِمِين

Maksudnya ;
“Ya Tuhanku, pancarkanlah cahaya kitab-Mu, pandanganku dan lapangkanlah dengannya dadaku, gunakanlah dengannya badanku, mudahkanlah sebutan lidahku dan kuatkanlah ingatanku dan segerakanlah denganya kefahamanku dan kuatkanlah dengannya daya kekuatan-Mu. Bahawasanya tiada daya dan upaya melainkan dengan-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.”

Kaedah Ketika Menghafaz

1) Cuba menghafaz di tempat-tempat yang agak sunyi seperti di masjid.

2) Cuba menghafaz di masa-masa yang segar dan tenang.

3) Jika penat, berhenti rehat. Kemudian teruskan menghafaz.

4) Bacaan didengarkan kepada orang lain supaya tidak berlaku kesalahan pada baris, sifat-sifat huruf dan menepati makhraj dan hukum-hukum tajwid.
Wallahu a'lam.

Saturday, November 22, 2008

Selamat Jalan buat Ust Ahmad Farihan...

Pihak Pengurusan PASTI Kawasan Sandakan mengucapkan selamat jalan kepada Ust Ahmad Farihan yang akan berpindah balik ke semenanjung mulai Januari 2009.

Untuk rekod, Ust Ahmad Farihan merupakan salah seorang AJK PASTI Kawasan Sandakan sesi 2008 iaitu sebagai AJK Unit Penilaian dan Peperiksaan.
Namun begitu, dengan kepakaran dan kemahiran yang beliau miliki dalam bidang IT dan multimedia, maka beliau banyak menyumbangkan tenaga dalam program-program PASTI yang melibatkan bidang tersebut.

Perpindahan beliau ke semenanjung iaitu di Pulau Pinang (bersebelahan dengan negeri kelahiran beliau, Kedah) merupakan satu kehilangan kepada PASTI Kawasan Sandakan.

Semoga muncul pengganti beliau bagi membantu memajukan PASTI di bumi Sandakan ini seperti pepatah melayu menyatakan 'patah tumbuh hilang berganti'.

Pihak PASTI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas jasa dan sumbangan beliau kepada PASTI Kawasan Sandakan. Mudah-mudahan Allah memberkati segala usahanya.

Pihak PASTI juga mendoakan agar beliau terus istiqamah memberi sumbangan kepada kerja-kerja Islam ini di tempat baru nanti.

Selamat maju jaya buat Ust Ahmad Farihan dan keluarga.

Friday, November 21, 2008

Thursday, November 20, 2008

JAWATANKUASA PASTI KAWASAN SANDAKAN 2008 - 2009


Pengerusi
Sdr Ishar Hamka Ismail

Timbalan Pengerusi
Ust Mujahidin Mat Yasin

Setiausaha
Sdr Mustaman Mustain

Bendahari
Sdr Ahmad Supu

Unit Pengurusan & Pentadbiran
Sdr Ramlan Rahimin

Unit Kurikulum & Latihan
Ust Kamarudin Wahab

Unit Penaziran
Sdr Abd. Wahid Mohd Rafi

Unit penilaian & Peperiksaan
Ust Ahmad Farihan Mohammad

Unit Ekonomi & Projek Khas
Sdr Nasrudin Abdullah

Unit Kebajikan & Kemasyarakatan
Sdr Shamsul Rizal Zulfatmi

Unit Hal Ehwal Guru
Pn Nurfaezah Junaidi

Unit Hal Ehwal Murid
Semua Mudir

Unit Perbekalan
Sdr Sahar Abd. Majid

Majlis Guru PASTI / Ketua Guru
Pn Siti Sopiah Rafaei

Wakil Dewan Muslimat
Pn Nurfaezah Junaidi
--------------------------------------------------------------
Senarai Nama Mudir PASTI

PASTI Saidina Abu Bakar as-Siddiq
Cik Analisah

PASTI Saidina Umar al-Khattab
Sdr. Shamsul Rizal bin Zulfatmi

PASTI Saidina Uthman Ibn Affan
Pn Norsah Bongsu

PASTI Saidina Ali Bin Abi Talib
Sdr Haris

PASTI Solahuddin al-Ayubi
Ust Mujahidin Mat Yasin

PASTI Saidina Hamzah
Sdr Sahar Abdul Majid

PASTI Khalid al-Walid
Ust Mahdzir Madon
PASTI Zaid Bin Harithah
Sdr Nasrudin Abdullah
PASTI Bilal Bin Rabbah
Sdr Shariff
PASTI Abdul Rahman Bin Auf
Sdr Maljada

Wednesday, November 19, 2008

LAGU RASMI PASTI

PASTI CEMERLANG ISLAM GEMILANG

Al-Quran as-Sunnah pegangan kami
Islam cita-cita murni
Allah matlamat kami
Akhlak mulia idaman kami

Kami harapan ummah
Di PASTI kami diasuh... diasuh
PASTI pasti berjaya
PASTI pastikan cemerlang, cemerlang
Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam 2x

Kami harapan ummah
Di PASTI kami diasuh... diasuh
PASTI pasti berjaya
ISLAM, ISLAM gemilang... gemilang
Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam 2x



FALSAFAH PENDIDIKAN PASTI


Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek sahsiah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada ISLAM, IMAN dan IHSAN. Mengambil kira potensi dan bakat yang sedia ada, pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitif, piskomotor, bahasa sosio-emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk dalam diri tunas Islam. Usaha-usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka agar menjadi warga yang mengamalkan cara hidup Islam yang diredhai oleh Allah S.W.T di dunia dan di akhirat.


MATLAMAT PENDIDIKAN PASTI

Matlamat Am

1. Mengembalikan fahaman masyarakat umum kepada pentingnya pendidikan Islam dan merangsang kepekaan kebangkitan Islam sejagat.

2. Mengadakan pendidikan awal ( Pra Sekolah ) bagi melahirkan insan yang beriman,
berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia.

3. Menyediakan wadah awal suatu uslub untuk pendidikan berorientasikan
harakah Islamiyyah untuk jangka masa panjang.

4. Menjadi pusat untuk membentuk fikrah masyarakat yang sedang mengalami dan menghadapi keruntuhan aqidah dan akhlak akibat dari serangan ideologi sekular dan kebendaan.

5. Menyedarkan masyarakat umum tentang hakikat tarbiyyah Islamiyyah
beristiqamah dan beriltizam dengan Islam.


Matlamat Khas

1. Menyedar dan meningkatkan kesempurnaan Tauhid agar beramal dengan setiap kebaikan yang diredhai Allah dan RasulNya dan meninggalkan setiap kemungkaran yang
dimurkai Allah s.w.t.

2. Membentuk peribadi insan agar mencontohi peribadi mulia Rasulullah S.A.W.

3. Memberi galakan kepada kanak-kanak secara intensif agar mereka dapat menjiwai fikrah kelahiran manusia dan memperhamba dan mengabdikan diri hanya kepada Allah dan kehidupannya bermatlamatkan keredhaan Allah.

4. Memberi kesedaran betapa pentingnya bahasa sebagai alat komunikasi dalam kehidupan harian merintis ke arah pendidikan asas penguasaan bahasa terutama bahasa Al-Quran.

Tuesday, November 18, 2008

SEJARAH RINGKAS PASTI KAWASAN SANDAKAN


Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) adalah salah sebuah entiti pendidikan pra sekolah di bumi Sandakan ini. Dan ia sinonim dengan roh Islam kerana PASTI adalah salah sebuah tadika Islam yang wujud di sini. Sistem pembelajaran dan silibus PASTI adalah bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah.


Lahirnya PASTI di bumi Sandakan ini adalah dengan izin Allah, cetusan idea dan komitmen pejuang-pejuang terdahulu yang cintakan Islam. Jasa dan pengorbanan mereka amat bermakna kepada perkembangan sistem pendidikan Islam walaupun hanya pada peringkat awal pendidikan anak-anak. Mereka telah menyemai benih-benih itu... dan akhirnya tunas-tunas Islam tumbuh subur di bumi 'mini Hong Kong' ini.

PASTI yang mula-mula sekali ditubuhkan di Sandakan ini ialah PASTI Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang terletak di Batu 1 1/2 pada tahun 1989.

Untuk rekod, guru PASTI yang pertama dan juga salah seorang pengasas PASTI di Sandakan ialah Pn Siti Sofiah Rafaei. Dan sehingga kini beliau masih setia menabur bakti sebagai seorang guru PASTI di PASTI yang sama sejak 19 tahun yang lalu.

Jasa dan pengorbanannya amat besar kepada PASTI khususnya dan kepada Islam amnya.

Usaha dan komitmen terus dicurahkan kepada PASTI. Pihak Pengurusan PASTI Kawasan Sandakan terus berusaha untuk memajukan pra-sekolah Islam ini. Walaupun jarak masa yang agak panjang iaitu 10 tahun, cita-cita untuk melihat tertubuhnya PASTI yang kedua akhirnya tercapai. Maka pada tahun 1999 muncullah PASTI Saidina Umar al-Khattab yang terletak di Taman Indah Jaya.

Tahun demi tahun berlalu... berkat kesungguhan, keikhlasan dan pengorbanan pencinta-pencinta Islam... akhirnya hari ini sudah terdapat 7 buah PASTI di Sandakan dan insyaAllah mulai sesi 2009 PASTI Kawasan Sandakan akan membuka 3 buah lagi cawangan PASTI.

Berikut nama-nama PASTI dan tahun penubuhannya;

1- PASTI Saidina Abu Bakar as-Siddiq (Batu 1 1/2) - 1989
2- PASTI Saidina Umar al-Khattab(Tmn Indah Jaya) - 1999
3- PASTI Saidina Uthman Ibn Affan (Tmn Mawar) - 2000
4- PASTI Saidina Ali Bin Abi Talib (Flat Kg Sim-sim) - 2002
5- PASTI Solahuddin al-Ayubi (Flat Tmn Sejati) - 2003
6- PASTI Saidina Hamzah (Tmn Damai) - 2008
7- PASTI Khalid al-Walid (Kg Tinusa 2) - 2008
Berikut nama-nama PASTI yang bakal beroperasai mulai Jan 2009

1- PASTI Zaid Bin Harithah (Kg Lupak Meluas, Karamunting)
2- PASTI Bilal Bin Rabbah (Flat MPS Karamunting)
3- PASTI Abdul Rahman Bin Auf (Tmn Kenari)

Berikut adalah senarai nama pengerusi-pengerusi PASTI Kawasan Sandakan sejak kewujudannya pada tahun 1989;
1- Ust Hasbullah Awang (Bekas pengetua SMK Agama Sandakan) - 1989 - 1990
2- Ust Azhar Yusof (bekas guru SM St Cecilia) - 1990 - 1991
3- Ust Sobri Muslim (bekas guru SM Sung Siew) 1991 - 1994
4- Ust Ridhuan Sa'arani (bekas guru SK Kem Tentera) 1994 - 1998
5- Sdr Yusri Ambang - 1998 - 2000
6- Sdr Nasruddin Lahapin - 2000 - 2005
7- Sdr Abdul Wahid Md Rafi - 2005 - 2007
8- Sdr Osman Madening - 2007
9- Sdr Ishar Hamka Ismail - 2007 hingga sekarang.
Semoga Allah memberkati segala usaha dan pengorbanan demi kesinambungan perkembangan sistem pendidikan berteraskan Islam ini. InsyaAllah.

Sunday, November 16, 2008

SEJARAH PENUBUHAN PASTI

Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bermula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pendidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu maka timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam.

Pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM.Antara negeri-negeri awal yang melaksanakan program ini ialah Kedah dan Terengganu. Satu perkara yang menarik pada ketika itu ialah dari segi pengasasan pengelolaan dan pengendalian pusat-pusat berkenaan. Persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan pra sekolah kepada ABIM seawal tahun 1980 an.

Maka lahirlah pusat- pusat pendidikan pra sekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).Di Terengganu pada tahun 1985 TASKI dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu. Manakala di Kelantan pusat pra sekolah yang dikenali sebagai Putra Islam yang di kendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan sejak tahun 1988.Di Kedah dan beberapa negeri lain khususnya di sebelah utara telah wujud pusat-pusat pra sekolah yang diberi nama Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI) yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS negeri masing-masing. Tanggal 10 April 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Muktamar Tahunan Ke-28 telah meluluskan usul pendidikan yang mendesak diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk di peringkat Pusat. Ustaz Abu Bakar Abdullah dari Terengganu telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan PASTI yang pertama.

Seminar PASTIPada 29- 30 Mei 1988 telah berlangsung Seminar Prasekolah di Masjid Rusila Marang, Terengganu yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu "Struktur Organisasi dan Penyelarasan Pendidikan Prasekolah" oleh Ustaz Abd Halim Arshat dan "Penyelarasan Manhaj Pendidikan Prasekolah' oleh Ustaz Harun Taib.

Ustaz Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah PASTI Pusat yang pertama pada 18 Mei 1989 bersama Sdra. Haji Mohd Najib Fahami Haji Yahaya sebagai Timbalan Ketua Pengarah. Sdra. Ishak Ismail sebagai Setiausaha dan Sdra. Noh Ahmad sebagai Bendahari serta Pengarah-Pengarah PASTI Negeri sebagai Ahli Jawatankuasa PASTI Pusat.

Pada 21 Julai 1991 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengarahkan semua PASTI menggunakan logo baru yang rasmi dalam semua urusan PASTI. Logo ini telah direka oleh Raja Abdul Aziz Raja Ailan yang memenangi Pertandingan Mencipta Logo PASTI yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan pertambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.

DASAR PENDIDIKAN PASTI


Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) ditubuhkan bermatlamat mengembalikan pemahaman masyarakat umum terhadap kepentingan pendidikan Islam dan meransang kepekaan kebangkitan Islam sejagat, selain dari melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia.
Ia juga bertindak membentuk fikrah masyarakat ke arah harakah Islamiyah dan beriltizam dengan Islam yang rata-rata masyarakat kini sedang mengalami dan menghadapi keruntuhan aqidah serta akhlak akibat dari serangan ideologi sekular dan kebendaan.
Falsafah Pendidikan IslamPendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat.
Falsafah Pendidikan PASTIPendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek sahsiah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada Islam, Iman dan Ihsan.Mengambil kira bakat dan potensi yang sedia ada, pendidikan awal PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitif, psikomotor, bahasa, sosio-emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam.
Usaha-usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka menjadi warga yang cintakan negara serta berpegang teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredhai Allah S.W.T. di dunia dan di akhirat.VisiMelahirkan insan soleh di Malaysia melalui pendidikan pra-sekolah sebagai elemen terpenting.
MisiMeningkatkan mutu serta kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan serta kuantiti PASTI di Malaysia bagi menjadikan PASTI pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam.Kuasa Penubuhan PASTIPASTI merupakan satu aktiviti PAS yang tertakluk sepenuhnya kepada Perlembagaan PAS melalui Fasal 6(2) yang mana Perlembagaan PAS ini telah didaftar

MOHON MAAF

Selaku pengendali blog PASTI Kawasan Sandakan, saya memohon maaf di atas segala kesulitan.
Blog ini saya create baru kerana blog sebelum ini 'rosak' template nya.

Harap maaf.