Friday, November 19, 2010

Konvokesyen PASTI Zon Sandakan kali ke 21

Konvokesyen PASTI Zon Sandakan kali ke 21 telah berakhir dengan sempurnanya pada 13 November 2010 baru-baru ini di Dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP), Sandakan. Seramai 265 orang murid telah menerima sijil konvokeyen mereka dalam suasana yang penuh protokol itu.

tetamu jemputan khas
dan ibu bapa


Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En Abdul Wahid, YDP PAS Kawasan Sandakan. Dalam ucapan beliau, ditegaskan bahawa PAS melalui Dewan Pemudanya telah bertungkus lumus dalam usaha mewujudkan sistem pendidikan Islam yang syumul. Melalui sistem ini diharapkan agar anak yang lahir mampu mendalami konsep Islam dengan lebih baik berbanding apabila menerima pendidikan daripada institusi Pra Sekolah lain yang jelas tidak menekankan Islam dengan sepenuhnya.

ucapan perasmian oleh
En Abdul Wahid

En Abdul Wahid menyampaikan
sijil konvokesyen


Beliau turut menegaskan bahawa ibu bapa sewajarnya menjadi contoh tauladan kepada anak masing-masing dalam usaha PASTI menjadi wadah pendidik buat mereka. Sebagai contoh apabila di PASTI anak-anak diajar untuk berdoa, ibu bapa mesti menunjukkan contoh tersebut di rumah. Begitulah juga dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya konsep ini dapat dilakukan, sudah pasti anak-anak akan sentiasa terdidik dengan cara Islam yang betul dan dapat menjadi tunas Islam yang sentiasa mengamalkan Islam di mana pun mereka berada.

penerima Anugerah Murid Terbaik
Pra Satu Zon Sandakan


salah seorang penerima
Anugerah Khas JIBG

Dalam majlis tersebut juga, turut diraikan penerima Anugerah Murid Terbaik Setiap Kelas, Anugerah Khas JIBG, Anugerah Ibu Bapa Prihatin, Anugerah PASTI Ceria dan beberapa anugerah yang lain. Majlis tersebut telah berakhir pada 11.30 pagi dengan jayanya.

Anugerah Khidmat Bakti
buat guru-guru

salah seorang penerima
Anugeraha Ibu Bapa Prihatin


Thursday, August 19, 2010

"Banner" promosi PASTI Kawasan Sandakan sudah disebar.

Baru-baru ini Ahli Jawatankuasa PASTI Kawasan Sandakan telah menaikkan "banner" promosi pendaftaran PASTI Sandakan untuk tahun 2011. Memandangkan PASTI Sandakan memiliki 11 buah premis di seluruh Sandakan, sebanyak 11 buah "banner" juga telah dinaikkan.

Semoga dengan sedikit usaha publisiti ini, akan menambahkan lagi bilangan murid PASTI Sandakan pada tahun depan.

sebahagian "banner" promosi

Sunday, August 15, 2010

Memohon sumbangan sempena Ramadhan Al-Mubarak

Sukacita dimaklumkan bahawa PASTI merupakan sebuah entiti masyarakat yang berdiri di atas kaki sendiri tanpa mendapat suntikan dana daripada pihak lain. bagi makluman pembaca, pentadbiran PASTI Kawasan Sandakan sepanjang tahun akan berusaha mencari dana sendiri bagi membiayai segala urusan tadbir PASTI.


Sehubungan itu, sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini PASTI Kawasan Sandakan dengan rendah dirinya memohon sumbangan kewangan daripada pihak tuan bagi membantu pembangunan PASTI Kawasan Sandakan.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 261, "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya,"

Semua sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam PASTI Kawasan Sandakan (100-160-100-616-88) ataupun menghubungi Sdr Mustaman (019 873 5740). Semoga sumbagan anda di bulan mulia yang digalakkan bersedekah ini akan dikira sebagai amal soleh kita di dunia dan dapat membantu kita di akhirat kelak.

Monday, July 26, 2010

Gilang gemilang Majlis Ihtifal PASTI Zon Sandakan kali ke tiga.

SANDAKAN, 25 Julai - PASTI Zon Sandakan sekali lagi mencatat sejarah apabila berjaya menganjurkan Majlis Ihtifalnya yang ke tiga dalam keadaan gilang gemilang di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Sandakan semalam.

Majlis yang menerima penyertaan daripada 12 buah PASTI itu termasuk PASTI Kawasan Kinabatangan yang mewakili tiga buah PASTI di kawasannya telah berlangsung selama setengah hari pada hari tersebut. Ia dimulakan dengan pelaksanaan 7 acara pertandingan termasuk hafazan, azan, deklamasi sajak, nasyid, bercerita dan sebagainya kemudian diakhiri dengan Majlis Perasmian dan Penangguhan.
peserta nasyid daripada PASTI Saidina Ali

Pertandingan kali ini diadakan di dua buah dewan yang berbeza. Acara deklamasi sajak, pidato, bercerita dan nasyid telah diadakan di Dewan A sementara di Dewan B telah berlangsung acara hafazan, azan dan membaca khutbah jumaat. Kehadiran ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga murid turut menambahkan kemeriahan suasana ihtifal kali ini.

para hakim yang arif lagi bijaksana

Setelah tamat sesi pertandingan, majlis diteruskan lagi dengan upacara perasmian dan penangguhan. Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Sdr lahirul Latigu, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah. Berkata semasa menyampaikan ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa pentingnya menitikberatkan soal pendidikan agama kepada anak-anak bagi melahirkan generasi al-quran yang sentiasa ta'at kepada Allah SWT.
Lahirul manyampaikan ucapan
Tambahnya lagi, "majlis Ihtifal yang merupakan satu kaedah bagi mengasah potensi anak-anak perlu diadakan selalu bagi mengembangkan daya saing dan daya cuba mereka terhadap pelajaran dan ilmu yang mereka perolehi semasa sesi PNP".

salah seorang peserta mambaca khutbah

Beliau turut menegaskan bahawa, sistem pendidikan yang ada di Malaysia kini tidak mampu mengatasi gejala sosial remaja serta masalah-masalah rakyat yang lain kerana ia tidak menekankan soal ketuhanan dan keimanan terhadap dosa pahala. Penyelesaiannya hanya berbalik kepada Islam dan inilah yang sedang diusahakan oleh PAS dengan mewujudkan institusi pendidikan Islam bermula daripada pra sekolah sehingga kepada peringkat universiti.

hadirin yang hadir di Dewan A

Lahirul juga sempat menyentuh beberapa isu termasuk isu kenaikan harga barang, isu perpaduan UMNO-PAS dan beberapa isu lain lagi. Mengulas isu kenaikan harga barang, beliau menjelaskan bahawa kenaikan kali ini merupakan gelombang pertama sebelum berlakunya gelombang kedua yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja kerana kerajaan Malaysia sedang berusaha mengatasi masalah negara yang bakal muflis.

Sementara itu, turut hadir semasa majlis tersebut ialah Sdr Ramlan Rahimin; AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, Ust Zaidi Mustafa; Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dan Ust Kamaruddin Wahab; Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan. Ahli jawatankuasa turut membuka kaunter jualan dan pameran semasa majlis tersebut diadakan.
.
kaunter jualan

Pada penghujung majlis, PASTI Saidina Umar Al-Khattab telah diumumkan sebagai juara keseluruhan. Mereka telah membawa pulang sebuah hamper, sebuah piala iringan, sebuah piala pusingan dan sijil sebagai pemenang.

Salah seorang pemenang acara individu

PASTI Solahuddin Johan pertandingan Nasyid

PASTI Saidina Umar Juara keseluruhan

*sila layari facebook PASTI Kawasan Sandakan untuk koleksi gambar yang lain.

Wednesday, July 21, 2010

Walimatul Urus Puan Diana Darman

Tahniah diucapkan kepada Puan Diana Darman, Guru PASTI Kawasan Sandakan dan suami, En Rusli Nordin kerana berjaya diijabkabulkan pada 6 Sya'ban 1431 H bersamaan 18 Julai 2010 yang lalu di Masjid Daerah Sandakan.

Semoga dengan permulaan detik ini akan menjadikan kehidupan Puan Diana Darman dan suami bertambah berkat dan diredhai Allah.



Monday, July 5, 2010

Majlis Perasmian PASTI Saad Bin Abi Waqqas & Kenduri Doa Selamat Meraikan Tokoh Guru PASTI Kebangsaan 2010

SANDAKAN, 4 JULAI - Majlis Perasmian PASTI Saad Bin Abi Waqqas & Kenduri Doa Selamat Meraikan Tokoh Guru PASTI Kebangsaan 2010, Puan Siti Sofiah Rafiei telah diadakan di PASTI Sa'ad Bin Abi Waqqas di sini dengan penuh meriah.

Antara tetamu dan jemutan yang hadir

PASTI Sa'ad Bin Abi Waqqas yang merupakan PASTI ke 11 diwujudkan oleh PASTI Sandakan telah dibeli dengan harga RM 50 000. Majlis pada hari ini diadakan bagi menunjukkan simbolik atas pemilikan mutlak PASTI Sandakan kepada bangunan PASTI Sa'ad Bin Abi Waqqas.

Ibu bapa serta penjaga yang turut memeriahkan majlis tersebut

PASTI yang dirasmikan oleh Tuan haji Hamzah Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah itu baru ditubuhkan pada tahun ini dan sudah menerima lebih daripada 20 orang murid sejak ia ditubuhkan. Walaupun dengan wujudnya beberapa PRA Sekolah di sekitar kawasan tersebut termasuk tadika swasta dan KEMAS, ia tidak menghalang hasrat ibu bapa serta penjaga murid untuk memilih sistem pendidikan Islam yang diajar di PASTI ini.

Tuan Haji Hamzah menurunkan tandatangan
pada plak perasmian



Sementara itu, dalam majlis ini juga turut diadakan kenduri doa selamat bagi meraikan Puan Siti Sofiah yang baru-baru ini telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru PASTI Kebangsaan pada 28 Mei 2010 yang lalu. Puan Siti Sofiah telah mengalahkan dua calon lain yang turut dicalonkan sebagai Tokoh Guru pada majlis yang diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, Terengganu itu.

Puan Siti Sofiah menerima cenderahati
daripada Tuan Haji Hamzah

menerima hadiah daripada Ust Abu Bakar Chik,
Ketua Lajnah Pendidikan PAS Pusat semasa Sambutan Hari Guru


Sebagai makluman pembaca, Puan Siti Sofiah merupakan penggerak PASTI Sandakan yang terawal sejak ia ditubuhkan pada tahun 1989. Beliau telah bersama PASTI dalam keadaan susah dan senang. Bagi pihak Jawatankuasa PASTI Kawasan Sandakan, adalah selayaknya Puan Siti Sofiah dianugerahkan sebagi Tokoh Guru PASTI Kebangsaan tahun ini.

Puan Siti Sofiah bersama dua calon lain
di Majlis Sambutan Hari Guru

Majlis yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Sandakan, Sdr Abdul Wahid Mohd Rafi itu diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sedikit jamuan.

Tuan Haji Hamzah menerima Cenderahati
daripada Sdr Abdul Wahid

Tuesday, June 29, 2010

YB Ahmad Izzat menyampaikan kuliah kepada guru PASTI

SANDAKAN, 25 JUN - Kunjungan YB Ahmad Izzat Shauki, Timbalan Speaker DUN Kedah ke Sandakan baru-baru ini telah dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh Majlis Guru PASTI Kawasan Sandakan dengan mengadakan majlis ilmu bersama beliau di sini di Pejabat Perhubungan PAS Kawasan Sandakan.


Seramai 15 orang guru PASTI yang mewakili 22 orang guru PASTI seluruh Sandakan telah menghadiri majlis yang julung-julung kalinya diadakan itu. YB Ahmad Izzat sempat mengutarakan beberapa saranan dan pesanan yang boleh dijadikan bekalan buat guru-guru yang hadir.


YB Ahmad Izzat mengingatkan guru-guru agar sentiasa ikhlas, bersungguh-sungguh dan mampu menjadi contoh tauladan kepada murid-murid sepanjang menjalankan amanah sebagai pendidik dan apabila berada di luar sekolah.


YB Ahmad Izzat juga mengingatkan guru-guru untuk mengamalkan 3 perkara yang menjadi asas kepada kekuatan seorang pejuang iaitu; solat fardu berjemaah, qiamullail dan membaca al-quran.


Sebelum majlis tersebut berakhir, YB Ahmad Izzat sudi menerima dan menjawab beberapa pertanyaan daripada guru-guru Sandakan yang hadir.

Monday, May 31, 2010

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 1 TAHUN 2010

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 1

PASTI KAWASAN SANDAKAN 2010

BIL

NAMA PASTI

PRA 1

PRA 2

01

Saidina Abu Bakar

1. Muhammad Fakhrul Ihsan B. Fazman

2. Nur Aleeya Natasha Bt. Abdul Hair

3. Muhammad Shafiq Daniel B. Sony

In progress...

02

Saidina Umar

1. Luqman Hakim B. Mohd. Fauzi

2. Nur Layla Maisarah Bt. Abd. Said

3. Ririn Nurul Faisya Bt. Kamaruddin

1. M. Fauzan Hadhai B. M. Shawal

2. Ridauddin B. Ramlan

3. Mohd. Qayyum Marzuq B. Arif Rahman Hakim

03

Saidina Uthman

1. Mirza B. Ahmad Hafiz

2. Amni Bt. Ahmad Hafiz

3. Muhammad Asyraf B. Ishar Hamka

1. Abdul Manan Naim B. Lokman Hakim

2. Anas Bin Abdul Ghani

3. Siti Masyitah Bt. Awang Ramlee

04

Saidina Ali

1. Mohd. Faizal B. Rosman

2. Ummi Umairoh Bt. Yusuf

3. Mohd. Hamizanazirul B. Hasan

1. Mohd. Aidil Adha B. Mohd. Aziz

2. Nur Fatin Maisarah Bt. Fauzi

3. Siti Jasmirah Nur – ai Shah Bt. Mohd. Shah

05

Siadina Hamzah

1. Nurul Aida Syafea Bt. Md. Noh

2. Hafiy B. Hassin

3. Ilyana Nabilah Bt. Abd. Muis

1. Hasya Bt. Hassin

2. Najwa Sobreena Bt. Dollah

3. Maisarah Bt. Md. Noh

06

Solahuddin Al-Ayyubi

1. Nur Jihan Fakhirah Bt. Dimin

2. Muhammad Shamsul Iqhwan B. Jumardi

3. Nur Hananie Syazwina Bt. Rosli

1. Nur Liyana Bt. Mus Effendy

2. Nurfadhilah Bt. Ramin Syah

3. Vian Nabila Bt. Anaffi

07

Khalid Al-Walid

1. Nur Qurratu ‘Aini Bt. Masdee

2. Aqmal Irfan Izzudin B. Zulkifli

3. Nur Hidayah Mahirah Bt. Kadir

1. Hairul Nizam B. Suardi

2. Nurain Syahirah Bt. Yusop

3. Nursyakirah Bt. Alifuddin

08

Abdul Rahman Bin Auff

1. Sayeidatul Alieya Bt. Abd. Basir

2. Muhd. Azyim Zohrie B. Amran

3. Hidayah Nur Amalina Barado Bt. Rodino Barado

1. Syafiqah Hanan Bt. Shamsuddin

2. Abd. Muiz B. Muhd. Hafidz

3. Raynidah Syazwani Bt. Raynold

09

Bilal Bin Rabah

1. Muhd. Nur Amin

2. Mohd. Syukri

3. Siti Nur Nabilla Syafiqah

1. Sabrina Bt. Arhymi

2. Putri Nuraini

3. Mohd. Fadznil B. Abdul Mukram

10

Zaid Bin Harithah

1. Fatima

2. Marina

3. Yusnifa

1. Nurfitriyana

2. Muhd. Yusri

3. Halimatus Saadiah

11

Saad Bin Abi Waqqas

1. Reizsha Bt. Abi Kasim

2. Nury Anjani Bt. Kastu

3. S. Salehah Bt. Ibrahim

1. Masitah Q. Ain Bt. Suparman

2. Nurassolehah Bt. Dolong

3. M. Razlee B. Samsualang

Pihak Pengurusan PASTI Kawasan Sandakan mengucapkan tahniah buat murid-murid yang berjaya. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi setiap langkah kalian; di dunia dan akhirat..Amin..Semoga terus setia bersama PASTI. Pasti berjaya, insyaAllah (^_^)..