Sunday, March 6, 2011

Warna-warni Sukaneka PASTI Zon Sandakan kali ke 22

6 MAC 2011, SANDAKAN : Temasya Sukaneka PASTI Zon Sandakan kali ke 22 dilangsungkan dengan penuh meriah hari ini di Padang Bandaran, Bandar Sandakan dengan kehadiran lebih 1000 orang pengunjung.

vip yang hadir

hadiah

Temasya tersebut dimulakan dengan perarakan masuk kontijen ke padang. Warna-warni dan keletah anak-anak kecil ini telah menarik perhatian setiap pengunjung yang tiba. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En Abdul Wahid Mohd Rafi. Yang Dipertua PAS Kawasan Sandakan itu. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa hanya sistem pendidikan Islam yang mampu mendidik tunas-tunas yang ada untuk mendekati Allha SWT. Mereka yang membesar dengan sistem ini akan menjadi benteng kepada segala maksiat yang berlaku di sekeliling kita.

lintas hormat

Disamping itu, beliau juga menyarankan kepada ibu bapa untuk terus menyokong perjuangan Islam demi kelangsungan hidup yang lebih sejahtera. Islam yang syumul ini diyakini mampu menyelesaikan apa jua masalah dunia tanpa mengabaikan sekecil-kecil perkara pun.

sukaneka murid

Temasya tersebut diteruskan dengan menjalankan acara sukaneka murid. Antara acara yang dipertandingkan ialah acara lari 4 x 50 m, acara lari dalam karung, acara kuda kayu, acara tarik tali dan sebagainya. Disamping itu, turut dijalankan serentak ialah acara ibu dan acara bapa. Acara terbuk iaitu teka kacang dalam botol turut diadakan pada ketika itu disamping acara melukis dan cabutan bertuah.


sukaneka bapa


sukaneka ibu

tarik tali

PASTI Saidina Uthman Bin Affan telah diumumkan sebagai johan keseluruhan bagi temasya tersebut. Program berjalan dengan penuh meriah dan berakhir pada 1.00 petang.


juara keseluruhan

sebahagian AJK

Sekian...

Friday, February 11, 2011

Dua buah PASTI dilanda banjir

29 Januari 2011 yang lalu, dua buah PASTI di Kawasan Sandakan telah dilanda banjir. Dua buah PASTI tersebut ialah PASTI Saidina Abu Bakar dan PASTI Saidina Umar. Banjir tersebut telah mengakibatkan pelbagai kerosakan seperti komputer, peti ais, meja guru, meja komputer, buku teks, buku tulis dan lain-lain. PASTI Sandakan mengalami kerugian sekitar RM 10 000.

Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik pihak pembaca untuk menyumbang kewangan bagi mengurangkan beban kami ini. Segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad PASTI Kawasan Sandakan (100-160-100-616-88).

Semoga ianya akan dikira sebagai amal soleh kita di dunia dan dapat membantu kita di akhirat nanti.





Saturday, January 1, 2011

Kursus Pemantapan Guru PASTI

PASTI Kawasan Sandakan memulakan sesi persekolahan 2011 dengan mengadakan Kursus Pemantapan Guru yang selamat diadakan pada 30 hingga 31 Disember yang lalu di PASTI Khalid Al-Walid.

Kursus yang menghimpunkan semua guru baru dan lama itu termasuk guru dari kawasan Kinabatangan mendedahkan banyak skil dan teknik mengajar yang amat diperlukan oleh seorang guru pra sekolah Islam. Disamping itu, kursus tersebut juga diisi dengan slot pengurusan PASTI serta pengisian rohani-rohani yang lain seperti tazkirah dan qiamullail.

Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan. Dalam ucapan perasmian, beliau menegaskan tentang susahnya untuk medidik kanak-kanak pra sekolah. Disamping pengorbanan, keikhlasan turut ditagih dalam usaha dakwah ini. Lebih-lebih lagi bagi institusi PASTI yang berteraskan Islam ini.

Akhirnya, semoga dengan permulaan yang kecil ini dapat membantu sedikit sebanyak guru PASTI dalam meniti amanah sebagai pendidik ummah.

(gambar akan menyusul kemudian)