Sunday, March 6, 2011

Warna-warni Sukaneka PASTI Zon Sandakan kali ke 22

6 MAC 2011, SANDAKAN : Temasya Sukaneka PASTI Zon Sandakan kali ke 22 dilangsungkan dengan penuh meriah hari ini di Padang Bandaran, Bandar Sandakan dengan kehadiran lebih 1000 orang pengunjung.

vip yang hadir

hadiah

Temasya tersebut dimulakan dengan perarakan masuk kontijen ke padang. Warna-warni dan keletah anak-anak kecil ini telah menarik perhatian setiap pengunjung yang tiba. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En Abdul Wahid Mohd Rafi. Yang Dipertua PAS Kawasan Sandakan itu. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa hanya sistem pendidikan Islam yang mampu mendidik tunas-tunas yang ada untuk mendekati Allha SWT. Mereka yang membesar dengan sistem ini akan menjadi benteng kepada segala maksiat yang berlaku di sekeliling kita.

lintas hormat

Disamping itu, beliau juga menyarankan kepada ibu bapa untuk terus menyokong perjuangan Islam demi kelangsungan hidup yang lebih sejahtera. Islam yang syumul ini diyakini mampu menyelesaikan apa jua masalah dunia tanpa mengabaikan sekecil-kecil perkara pun.

sukaneka murid

Temasya tersebut diteruskan dengan menjalankan acara sukaneka murid. Antara acara yang dipertandingkan ialah acara lari 4 x 50 m, acara lari dalam karung, acara kuda kayu, acara tarik tali dan sebagainya. Disamping itu, turut dijalankan serentak ialah acara ibu dan acara bapa. Acara terbuk iaitu teka kacang dalam botol turut diadakan pada ketika itu disamping acara melukis dan cabutan bertuah.


sukaneka bapa


sukaneka ibu

tarik tali

PASTI Saidina Uthman Bin Affan telah diumumkan sebagai johan keseluruhan bagi temasya tersebut. Program berjalan dengan penuh meriah dan berakhir pada 1.00 petang.


juara keseluruhan

sebahagian AJK

Sekian...

Friday, February 11, 2011

Dua buah PASTI dilanda banjir

29 Januari 2011 yang lalu, dua buah PASTI di Kawasan Sandakan telah dilanda banjir. Dua buah PASTI tersebut ialah PASTI Saidina Abu Bakar dan PASTI Saidina Umar. Banjir tersebut telah mengakibatkan pelbagai kerosakan seperti komputer, peti ais, meja guru, meja komputer, buku teks, buku tulis dan lain-lain. PASTI Sandakan mengalami kerugian sekitar RM 10 000.

Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik pihak pembaca untuk menyumbang kewangan bagi mengurangkan beban kami ini. Segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad PASTI Kawasan Sandakan (100-160-100-616-88).

Semoga ianya akan dikira sebagai amal soleh kita di dunia dan dapat membantu kita di akhirat nanti.





Saturday, January 1, 2011

Kursus Pemantapan Guru PASTI

PASTI Kawasan Sandakan memulakan sesi persekolahan 2011 dengan mengadakan Kursus Pemantapan Guru yang selamat diadakan pada 30 hingga 31 Disember yang lalu di PASTI Khalid Al-Walid.

Kursus yang menghimpunkan semua guru baru dan lama itu termasuk guru dari kawasan Kinabatangan mendedahkan banyak skil dan teknik mengajar yang amat diperlukan oleh seorang guru pra sekolah Islam. Disamping itu, kursus tersebut juga diisi dengan slot pengurusan PASTI serta pengisian rohani-rohani yang lain seperti tazkirah dan qiamullail.

Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan. Dalam ucapan perasmian, beliau menegaskan tentang susahnya untuk medidik kanak-kanak pra sekolah. Disamping pengorbanan, keikhlasan turut ditagih dalam usaha dakwah ini. Lebih-lebih lagi bagi institusi PASTI yang berteraskan Islam ini.

Akhirnya, semoga dengan permulaan yang kecil ini dapat membantu sedikit sebanyak guru PASTI dalam meniti amanah sebagai pendidik ummah.

(gambar akan menyusul kemudian)

Friday, November 19, 2010

Konvokesyen PASTI Zon Sandakan kali ke 21

Konvokesyen PASTI Zon Sandakan kali ke 21 telah berakhir dengan sempurnanya pada 13 November 2010 baru-baru ini di Dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP), Sandakan. Seramai 265 orang murid telah menerima sijil konvokeyen mereka dalam suasana yang penuh protokol itu.

tetamu jemputan khas
dan ibu bapa


Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En Abdul Wahid, YDP PAS Kawasan Sandakan. Dalam ucapan beliau, ditegaskan bahawa PAS melalui Dewan Pemudanya telah bertungkus lumus dalam usaha mewujudkan sistem pendidikan Islam yang syumul. Melalui sistem ini diharapkan agar anak yang lahir mampu mendalami konsep Islam dengan lebih baik berbanding apabila menerima pendidikan daripada institusi Pra Sekolah lain yang jelas tidak menekankan Islam dengan sepenuhnya.

ucapan perasmian oleh
En Abdul Wahid

En Abdul Wahid menyampaikan
sijil konvokesyen


Beliau turut menegaskan bahawa ibu bapa sewajarnya menjadi contoh tauladan kepada anak masing-masing dalam usaha PASTI menjadi wadah pendidik buat mereka. Sebagai contoh apabila di PASTI anak-anak diajar untuk berdoa, ibu bapa mesti menunjukkan contoh tersebut di rumah. Begitulah juga dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya konsep ini dapat dilakukan, sudah pasti anak-anak akan sentiasa terdidik dengan cara Islam yang betul dan dapat menjadi tunas Islam yang sentiasa mengamalkan Islam di mana pun mereka berada.

penerima Anugerah Murid Terbaik
Pra Satu Zon Sandakan


salah seorang penerima
Anugerah Khas JIBG

Dalam majlis tersebut juga, turut diraikan penerima Anugerah Murid Terbaik Setiap Kelas, Anugerah Khas JIBG, Anugerah Ibu Bapa Prihatin, Anugerah PASTI Ceria dan beberapa anugerah yang lain. Majlis tersebut telah berakhir pada 11.30 pagi dengan jayanya.

Anugerah Khidmat Bakti
buat guru-guru

salah seorang penerima
Anugeraha Ibu Bapa Prihatin


Thursday, August 19, 2010

"Banner" promosi PASTI Kawasan Sandakan sudah disebar.

Baru-baru ini Ahli Jawatankuasa PASTI Kawasan Sandakan telah menaikkan "banner" promosi pendaftaran PASTI Sandakan untuk tahun 2011. Memandangkan PASTI Sandakan memiliki 11 buah premis di seluruh Sandakan, sebanyak 11 buah "banner" juga telah dinaikkan.

Semoga dengan sedikit usaha publisiti ini, akan menambahkan lagi bilangan murid PASTI Sandakan pada tahun depan.

sebahagian "banner" promosi

Sunday, August 15, 2010

Memohon sumbangan sempena Ramadhan Al-Mubarak

Sukacita dimaklumkan bahawa PASTI merupakan sebuah entiti masyarakat yang berdiri di atas kaki sendiri tanpa mendapat suntikan dana daripada pihak lain. bagi makluman pembaca, pentadbiran PASTI Kawasan Sandakan sepanjang tahun akan berusaha mencari dana sendiri bagi membiayai segala urusan tadbir PASTI.


Sehubungan itu, sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini PASTI Kawasan Sandakan dengan rendah dirinya memohon sumbangan kewangan daripada pihak tuan bagi membantu pembangunan PASTI Kawasan Sandakan.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 261, "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya,"

Semua sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam PASTI Kawasan Sandakan (100-160-100-616-88) ataupun menghubungi Sdr Mustaman (019 873 5740). Semoga sumbagan anda di bulan mulia yang digalakkan bersedekah ini akan dikira sebagai amal soleh kita di dunia dan dapat membantu kita di akhirat kelak.

Monday, July 26, 2010

Gilang gemilang Majlis Ihtifal PASTI Zon Sandakan kali ke tiga.

SANDAKAN, 25 Julai - PASTI Zon Sandakan sekali lagi mencatat sejarah apabila berjaya menganjurkan Majlis Ihtifalnya yang ke tiga dalam keadaan gilang gemilang di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Sandakan semalam.

Majlis yang menerima penyertaan daripada 12 buah PASTI itu termasuk PASTI Kawasan Kinabatangan yang mewakili tiga buah PASTI di kawasannya telah berlangsung selama setengah hari pada hari tersebut. Ia dimulakan dengan pelaksanaan 7 acara pertandingan termasuk hafazan, azan, deklamasi sajak, nasyid, bercerita dan sebagainya kemudian diakhiri dengan Majlis Perasmian dan Penangguhan.
peserta nasyid daripada PASTI Saidina Ali

Pertandingan kali ini diadakan di dua buah dewan yang berbeza. Acara deklamasi sajak, pidato, bercerita dan nasyid telah diadakan di Dewan A sementara di Dewan B telah berlangsung acara hafazan, azan dan membaca khutbah jumaat. Kehadiran ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga murid turut menambahkan kemeriahan suasana ihtifal kali ini.

para hakim yang arif lagi bijaksana

Setelah tamat sesi pertandingan, majlis diteruskan lagi dengan upacara perasmian dan penangguhan. Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Sdr lahirul Latigu, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah. Berkata semasa menyampaikan ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa pentingnya menitikberatkan soal pendidikan agama kepada anak-anak bagi melahirkan generasi al-quran yang sentiasa ta'at kepada Allah SWT.
Lahirul manyampaikan ucapan
Tambahnya lagi, "majlis Ihtifal yang merupakan satu kaedah bagi mengasah potensi anak-anak perlu diadakan selalu bagi mengembangkan daya saing dan daya cuba mereka terhadap pelajaran dan ilmu yang mereka perolehi semasa sesi PNP".

salah seorang peserta mambaca khutbah

Beliau turut menegaskan bahawa, sistem pendidikan yang ada di Malaysia kini tidak mampu mengatasi gejala sosial remaja serta masalah-masalah rakyat yang lain kerana ia tidak menekankan soal ketuhanan dan keimanan terhadap dosa pahala. Penyelesaiannya hanya berbalik kepada Islam dan inilah yang sedang diusahakan oleh PAS dengan mewujudkan institusi pendidikan Islam bermula daripada pra sekolah sehingga kepada peringkat universiti.

hadirin yang hadir di Dewan A

Lahirul juga sempat menyentuh beberapa isu termasuk isu kenaikan harga barang, isu perpaduan UMNO-PAS dan beberapa isu lain lagi. Mengulas isu kenaikan harga barang, beliau menjelaskan bahawa kenaikan kali ini merupakan gelombang pertama sebelum berlakunya gelombang kedua yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja kerana kerajaan Malaysia sedang berusaha mengatasi masalah negara yang bakal muflis.

Sementara itu, turut hadir semasa majlis tersebut ialah Sdr Ramlan Rahimin; AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, Ust Zaidi Mustafa; Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dan Ust Kamaruddin Wahab; Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan. Ahli jawatankuasa turut membuka kaunter jualan dan pameran semasa majlis tersebut diadakan.
.
kaunter jualan

Pada penghujung majlis, PASTI Saidina Umar Al-Khattab telah diumumkan sebagai juara keseluruhan. Mereka telah membawa pulang sebuah hamper, sebuah piala iringan, sebuah piala pusingan dan sijil sebagai pemenang.

Salah seorang pemenang acara individu

PASTI Solahuddin Johan pertandingan Nasyid

PASTI Saidina Umar Juara keseluruhan

*sila layari facebook PASTI Kawasan Sandakan untuk koleksi gambar yang lain.