Sunday, January 3, 2010

Selamat kembali ke PASTI

Setelah sebulan lebih bercuti, esok sesi persekolahan PASTI 2010 akan dibuka. Pihak pengurusan PASTI Sandakan mengucapkan selamat kembali buat guru-guru PASTI.

Selamat bertugas dengan penuh ikhlas dan cemerlang. Cikgu-cikgu sekalian merupakan cerminan Jamaah PAS dan wadah Islam. Tunjukkanlah mutu kerja dan perkhidmatan kita yang terbaik serta mesra kepada masyarakat.

Pihak pengurusan juga mengucapkan selamat kembali bersekolah buat pelajar lama serta selamat datang buat pelajar baru yang sudah dan bakal mendaftar di PASTI. Kehadiran anak-anak kecil ini di PASTI akan meneruskan syiar ISLAM di bumi Sabah tercinta ini.