Wednesday, May 27, 2009

PASTI Sandakan mohon bantuan

Salam Perjuangan.

PASTI Sandakan telah terpilih untuk mewakili PASTI Negeri Sabah ke Pesta Sukan Tahunan yang akan diadakan di Selangor pada 19 dan 20 Jun Ini.

Memandangkan kos untuk mengambil bahagian dalam Pesta tersebut adalah tinggi, maka dengan itu PASTI Sandakan merayu bantuan dan sumbangan kewangan daripada semua pembaca bagi melicinkan semua perancangan program.

Semua sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Bank Islam Malaysia Berhad atas nama PASTI Kawasan Sandakan, Nombor Akaun : 100-160-100-616-88.

Segala sumbangan daripada pihak pembaca kami dahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kathira. Semoga ia akan dikira oleh Allah sebagai amal soleh kita di dunia ini.

Syukran......

Sunday, May 24, 2009

Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Sandakan meriah dan heboh baa....

Salam Perjuangan..

Kejohanan Tahunan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Zon Sandakan telah diadakan dengan jayanya. Kejohanan yang diadakan dengan penuh meriah dan heboh itu telah membariskan 9 pasukan bertanding bagi kedua-dua jenis permainan itu. Kejohanan tersebut telah diadakan di SM St Mary, Sandakan.



Ucapan Pengarah Program

Ucapan Perasmian

Untuk makluman pembaca, kejohanan ini diadakan untuk memilih wakil zon Sandakan bagi bertanding di peringkat Negeri. Di samping itu, kejohanan ini juga diadakan bertujuan untuk memilih yang terbaik bagi merebut 'Johan' dan Naib Johan di akhir kedua-dua pertandingan.


Kejohanan ini bertambah serinya dengan kehadiran para penyokong setiap pasukan. Penyokong yang terdiri daripada ahli keluarga pelajar telah menjadikan suasana terlalu meriah dan heboh, seolah-olah mereka sedang menyaksikan perlawanan akhir antara Barcelona dan Manchester United.

Akhirnya, PASTI Khalid al-Walid telah dinobatkan sebagai Johan Perlawanan Bola Sepak sementara gabungan PASTI Zaid dan Bilal meraih Naib Johan. Sementara itu, adik Salman Dullah telah memenangi hadiah 'Penjaring Terbanyak' dan adik Hairul Nizam Suardi pula merangkul hadiah sebagai 'Pemain Terbaik' Bola Sepak.


Johan dan Naib Johan perlawanan

Manakala bagi Bola Jaring, PASTI Saidina Uthman merupakan Johan perlawanan sementara PASTI Solahuddin al-Ayubi adalah Naib Johan perlawanan ini. Adik Nurul Ain Yusra Bt Abdul Ghani telah memenagi hadiah sebagai 'Penjaring Terbanyak' dan adik Suraya Zainal telah dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik.

pemenang individu


Selain itu, seramai 10 orang pemain bagi setiap permainan telah dipilih untuk mewakili PASTI Sandakan ke peringkat seterusnya. Sekian dulu untuk kali ini. Sampai jumpa lagi.

Wassalam.

Monday, May 18, 2009

Selamat Pengantin Baru buat Haris dan Analisah

Sdr Haris dan Isterinya Analisah selamat diijabkabulkan pada 17 Mei 2009 yang lalu sekitar 10 pagi. Sementara Kenduri Perkahwinan diadakan selepas daripada waktu tersebut hingga ke petang.
Haris dan Analisah merupakan AJK PASTI Kawasan Sandakan. Har
is adalah Mudir bagi PASTI Saidina Ali, sementara Anlisah adalah Mudir bagi PASTI Saidina Abu Bakar.
Alha
mdulillah perkenalan sekitar setahun lalu akhirnya diteruskan dengan Majlis pernikahan ini. Tahniah wahai sahabat. Moga dikurniakan keimanan dan kerukunan dalam rumah tangga.

pasangan dua sejoli
antara sahabat-sahabat yang hadir
bergambar bersama pengantin

Sekian..

Hari Guru PASTI Kebangsaan

Hari Guru PASTI Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Tawau telah diadakan dengan penuh meriah tetapi sedarhana. Majlis yang dirasmikan oleh YB Salahuddin Ayub itu telah menghimpunkan lebih daripada 400 orang guru PASTI daripada seluruh negara.
Sebanyak 4 anugerah telah disampaikan. Anugerah-anugerah tersebut ialah, Anugerah Tokoh PASTI Negeri, Anugerah Guru Paling Lama Berkhidmat Negeri, Anugerah Tokoh Guru Cemerlang dan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan.
Majlis kali ini telah menobatkan Puan Faridah Bt Dawam sebagai Tokoh Guru Kebangsaan. Sementara itu, Tokoh PASTI bagi Negeri Sabah ialah, Puan Norhayati Bt Abdul Ghani.
Sandakan telah menghantar seramai 21 orang guru dan 7 orang AJK ke program tersebut. Begitulah sedikit maklumat program yang boleh dikongsi.
sebahagian guru PASTI daripada Sandakan dan Kinabatangan


Akhirnya, saksikanlah slide-slide di bawah sebagai tatapan kita bersama;







Sekian...

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru buat semua guru PASTI di Sandakan khususnya dan semua guru PASTI di seluruh Malaysia.


Sunday, May 10, 2009

Hari Guru 2009 dan Jubli Perak PASTI Malaysia

16 Mei 2009 (Sabtu) bakal diadakan Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Peringkat Kebangsaan di Hotel Emas, Tawau, Sabah. Majlis ini merupakan julung-julung kali diadakan di luar Semenanjung Malaysia dan bakal menerima ramai penyertaan daripada guru PASTI seluruh Malaysia dan Ahli Lembaga Pengarah PASTI Pusat serta negeri-negeri.
Menurut tuan rumah; Jabatan PASTI Negeri Sabah, mereka telah mengadakan persiapan dan persediaan sejak awal tahun ini lagi. Memandangkan Tawau(Sabah) bakal menerima tetamu yang agak ramai pada masa tersebut, segala persiapan dan perancangan diadakan dengan begitu teliti. Menurut sumber, Jabatan PASTI Negeri Sabah bakal menerima tetamu lebih daripada 400 orang peserta termasuk daripada seluruh Malaysia.
Majlis yang akan diadakan serentak dengan Sambutan Jubli Perak PASTI Malaysia itu bakal dirasmikan oleh YB Salahuddin Bin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Selain Salahuddin, pimpinan-pimpinan lain yang bakal menjadi tetamu Kehormat semasa program tersebut ialah Dato' Abu Bakar Chik, Yb Mahfuz Omar, Yb Mohd Zaki Ibrahim dan Ust Nasaruddin Tantawi.
Kehadiran mereka sinonim dengan Sambutan Jubli Perak PASTI Malaysia yang akan diadakan serentak dengan Sambutan hari Guru tersebut.
Genap 25 tahun, PASTI Malaysia berada di persada pendidikan pra sekolah Malaysia. Sepanjang tempoh ini pelbagai pahit manis perjuangan mendaulatkan pendidikan Islam yang syumul telah ditempuhi. Akhirnya, PASTI Malaysia teguh seperti adanya sekarang.
Menuju 25 tahun seterusnya, PASTI Malaysia dengan moto, "PASTI menerajui perubahan" bakal meninggalkan impak yang lebih mendalam kepada masyarakat. Semua hasil bakal dituai dengan adanya kerja buat yang keras dan gigih daripada seluruh entiti Jamaah.
Akhirnya, PASTI Sandakan mengucapkan Selamat Hari Guru dan selamat Menyambut Hari Jubli Perak PASTI Malaysia kepada semua Guru, ALP Pusat, ALP Negeri, ALP Kawasan dan pembaca.
Jumpa di Tawau.....!!!!

Saturday, May 9, 2009

10 Perkara yang Mematikan Hati



1. Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak nenunaikan hak-Nya.


2. Kamu membaca Al- Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajaran dan perintahnya.
3. Kamu kata cinta kepada Rasulullah, tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya.
4. Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya.
5. Kamu berkata kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
6. Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu untuknya.
7. Kamu tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu tidak membuat
persediaan untuk selepas kamu mati.
8. Kamu selalu sibuk dengan keaiban saudara-saudara kamu, tetapi kamu lupakan keaiban diri kamu
sendiri.
9. Kamu gunakan nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
10. Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kamu tidak mengambil pengajaran daripadanya.



Sedutan nasihat oleh seorang wali Allah, Ibrahim Adham.

Sabda Nabi s.a.w :

" Dan janganlah dipilih hidup bagai nyanyian ombak, hanya berbunyi ketika terhempas di pantai.
Tetapi jadilah kamu air bah, nengubah dunia dengan amalmu ".

Dari Auf bin Malik r.a. katanya :
" RasullulLah s.a.w. menyembahyangkan mayat lalu saya hafalsebahagian dari - doa baginda, nengucapkan :
" Ya Allah ! Ampunilah dosanya, berilah dia rahmat, sihatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah penyambutannya, lapangkanlah tempat masuknya, basuhlah dia dengan air salju, bersihkan dia dari kesalahan, sebagaimana Engkau bersihkan pakaian putih dari kekotoran, gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan keluarganya dengan keluarga yang lebih baik dari isteri (suami) dengan isteri (suami) yang lebih baik ! Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan jauhkanlah dia dari siksaan api neraka !
Kata ' Auf : " Sampai saya ingin, hendaknya mayat itu adalah diri saya."

Wallahu a'lam.