Sunday, May 10, 2009

Hari Guru 2009 dan Jubli Perak PASTI Malaysia

16 Mei 2009 (Sabtu) bakal diadakan Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Peringkat Kebangsaan di Hotel Emas, Tawau, Sabah. Majlis ini merupakan julung-julung kali diadakan di luar Semenanjung Malaysia dan bakal menerima ramai penyertaan daripada guru PASTI seluruh Malaysia dan Ahli Lembaga Pengarah PASTI Pusat serta negeri-negeri.
Menurut tuan rumah; Jabatan PASTI Negeri Sabah, mereka telah mengadakan persiapan dan persediaan sejak awal tahun ini lagi. Memandangkan Tawau(Sabah) bakal menerima tetamu yang agak ramai pada masa tersebut, segala persiapan dan perancangan diadakan dengan begitu teliti. Menurut sumber, Jabatan PASTI Negeri Sabah bakal menerima tetamu lebih daripada 400 orang peserta termasuk daripada seluruh Malaysia.
Majlis yang akan diadakan serentak dengan Sambutan Jubli Perak PASTI Malaysia itu bakal dirasmikan oleh YB Salahuddin Bin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Selain Salahuddin, pimpinan-pimpinan lain yang bakal menjadi tetamu Kehormat semasa program tersebut ialah Dato' Abu Bakar Chik, Yb Mahfuz Omar, Yb Mohd Zaki Ibrahim dan Ust Nasaruddin Tantawi.
Kehadiran mereka sinonim dengan Sambutan Jubli Perak PASTI Malaysia yang akan diadakan serentak dengan Sambutan hari Guru tersebut.
Genap 25 tahun, PASTI Malaysia berada di persada pendidikan pra sekolah Malaysia. Sepanjang tempoh ini pelbagai pahit manis perjuangan mendaulatkan pendidikan Islam yang syumul telah ditempuhi. Akhirnya, PASTI Malaysia teguh seperti adanya sekarang.
Menuju 25 tahun seterusnya, PASTI Malaysia dengan moto, "PASTI menerajui perubahan" bakal meninggalkan impak yang lebih mendalam kepada masyarakat. Semua hasil bakal dituai dengan adanya kerja buat yang keras dan gigih daripada seluruh entiti Jamaah.
Akhirnya, PASTI Sandakan mengucapkan Selamat Hari Guru dan selamat Menyambut Hari Jubli Perak PASTI Malaysia kepada semua Guru, ALP Pusat, ALP Negeri, ALP Kawasan dan pembaca.
Jumpa di Tawau.....!!!!

No comments: