Friday, November 19, 2010

Konvokesyen PASTI Zon Sandakan kali ke 21

Konvokesyen PASTI Zon Sandakan kali ke 21 telah berakhir dengan sempurnanya pada 13 November 2010 baru-baru ini di Dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP), Sandakan. Seramai 265 orang murid telah menerima sijil konvokeyen mereka dalam suasana yang penuh protokol itu.

tetamu jemputan khas
dan ibu bapa


Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En Abdul Wahid, YDP PAS Kawasan Sandakan. Dalam ucapan beliau, ditegaskan bahawa PAS melalui Dewan Pemudanya telah bertungkus lumus dalam usaha mewujudkan sistem pendidikan Islam yang syumul. Melalui sistem ini diharapkan agar anak yang lahir mampu mendalami konsep Islam dengan lebih baik berbanding apabila menerima pendidikan daripada institusi Pra Sekolah lain yang jelas tidak menekankan Islam dengan sepenuhnya.

ucapan perasmian oleh
En Abdul Wahid

En Abdul Wahid menyampaikan
sijil konvokesyen


Beliau turut menegaskan bahawa ibu bapa sewajarnya menjadi contoh tauladan kepada anak masing-masing dalam usaha PASTI menjadi wadah pendidik buat mereka. Sebagai contoh apabila di PASTI anak-anak diajar untuk berdoa, ibu bapa mesti menunjukkan contoh tersebut di rumah. Begitulah juga dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya konsep ini dapat dilakukan, sudah pasti anak-anak akan sentiasa terdidik dengan cara Islam yang betul dan dapat menjadi tunas Islam yang sentiasa mengamalkan Islam di mana pun mereka berada.

penerima Anugerah Murid Terbaik
Pra Satu Zon Sandakan


salah seorang penerima
Anugerah Khas JIBG

Dalam majlis tersebut juga, turut diraikan penerima Anugerah Murid Terbaik Setiap Kelas, Anugerah Khas JIBG, Anugerah Ibu Bapa Prihatin, Anugerah PASTI Ceria dan beberapa anugerah yang lain. Majlis tersebut telah berakhir pada 11.30 pagi dengan jayanya.

Anugerah Khidmat Bakti
buat guru-guru

salah seorang penerima
Anugeraha Ibu Bapa Prihatin