Friday, June 26, 2009

Warna-warni kontijen Sabah ke Pesta Sukan PASTI 2009

Detik sebelum berlepas ke Kuala Lumpur



Dalam Bas dan Unisel



Tempoh bertenang menuju ke Pesta Sukan



Saatnya bermula



Penutup dan kepulangan



Sekian dan terima kasih.

Sunday, June 21, 2009

PASTI Sandakan ke Pesta Sukan PASTI Malaysia 2009 mewakili PASTI Sabah

Salam perjuangan.

PASTI Sandakan telah mewakili PASTI Sabah ke Pesta Sukan PASTI Malaysia 2009 yang diadakan di Unisel, Kuala Selangor, Selangor. Pesta Sukan yang diadakan pada 20 Jun itu telah melibatkan semua penyertaan PASTI daripada seluruh negara kecuali Sarawak.

bersama ibu bapa sebelum berlepas

Kontijen Sabah bertolak sewal 18 Jun lagi untuk ke tapak program. Masa yang cukup panjang sebelum Pesta Sukan diadakan digunakan sebaiknya untuk latihan terakhir.

tiba di Unisel

Kelibat anak kecil PASTI yang berumur 5 dan 6 tahun ini menjadi perhatian kepada penghuni asrama Unisel tempat kami menginap.

sarapan pagi

latihan bola sepak

Pada hari Pesta Sukan telah menzahirkan betapa meriahnya program PASTI ini. Pesta Sukan kali ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat yang baru, Ust Nasruddin Hassan at-tantawi.

bergambar bersama perasmi & Ust Abdullah

Bagi pengetahuan semua, Sabah diletakkan bersama Perak dan Melaka untuk Sukan Bola Sepak sementara bersama Johor dan Perlis untuk Sukan Bola Jaring.

sebelum Pesta Sukan bermula

Pasukan Bola sepak tidak berjaya menghasilkan sebarang kemenangan dalam peringkat kumpulan menyebabkan Sabah tersingkir awal. Walaupun demikian, Pasukan Bola Sepak Sabah berjaya memberi tentangan yang hebat kepada pihak lawan sehingga pihak lawan hanya mampu mencipta 2-0 (Perak) dan 1-0 (Melaka).

bola sepak: menentang Melaka

Bagi Pasukan Bola Jaring pula, kemenangan hanya dicapai sekali di peringkat kumpulan semasa menentang Perlis. Diperingkat Suku Akhir, Sabah bertemu Melaka dan menyaksikan Pasukan Sabah tewas dan kecundang di peringkat ini.

suku akhir bola jaring

Di akhir Pesta, Sukan Bola Sepak telah dimenangi oleh Pasukan Selangor dan Suka Bola Jaring pula dimenangi oleh Pasukan Kelantan.

Pasukan bola sepak Selangor

Pasukan bola jaring Kelantan

Sekian dahulu untuk paparan kali ini, ada rezeki kita jumpa lagi di Pulau Pinang untuk Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010.