Thursday, July 30, 2009

Majlis Ihtifal PASTI Sandakan hujung minggu ini.


Hujung minggu ini bakal diadakan Majlis Ihtifal PASTI Zon Sandakan kali ke 2. Majlis yang bakal menampilkan bakat-bakat pelajar PASTI seperti bersajak, nasyid, hafazan dan sebagainya itu akan diadakan di Masjid daerah Sandakan bermula 7 pagi. Pihak pengurusan PASTI dengan ini menjemput semua ibubapa dan masyarakat untuk hadir.



Monday, July 13, 2009

Promosi Pendaftaran 2010 bermula.

Salam perjuangan.

Antara agenda tahunan PASTI Kawasan Sandakan ialah mengadakan promosi bagi pendaftaran baharu. Tahun ini, kempen ataupun promosi tersebut sudah bermula sejak awal Jun lagi.

Kempen dimulakan dengan mengedar pamplate ke semua PASTI untuk diserahkan kepada murid-murid PASTI. Diikuti dengan iklan-iklan yang lain seperti, banner, handbill dan lain-lain lagi.

Hari sabtu yang lalu, Ahlli Jawatankuasa PASTI bersama guru-guru turun ke lapangan untuk bertemu masyarakat dan pelanggan. Kaedah promosi ini telah diamalkan sejak dahulu lagi dan diteruskan hingga sekarang.

Semua anggota akan mengetuk pintu rumah pelanggan, bertemu secara empat mata dengan mereka dan menyampaikan maklumat-maklumat berkenaan pendaftaran baharu tersebut.

Begitulah rutin ataupun disiplin yang dilakukan jika promosi turun lapangan dilakukan. Kali ini, promosi dilakukan di Taman Mesra bagi sasaran pelajar PASTI Saidina Hamzah.

Sehubungan itu, tuan-tuan dipelawa untuk mendaftarkan anak tuan-tuan yang berumur 4, 5 dan 6 tahun ke APSTI kami. Segala pertanyaan boleh diajukan ke talian kami ini, 089-223260.

Sekian..

Tuesday, July 7, 2009

Perasmian PASTI Bilal dan PASTI Zaid

Salam perjuangan.

5 Julai 2009 yang lalu, Sdr Anuar Ali telah merasmikan PASTI Bilal Bin Rabah dan PASTI Zaid Bin Harithah. Majlis yang diadakan dengan penuh ringkas itu didahului dengan pertemuan empat mata antara Guru PASTI Kawasan Sandakan dengan Pihak Pengurusan PASTI Sandakan.

Bagi makluman semua, PASTI Bilal dan PASTI Zaid telah dimiliki dan dibeli oleh PASTI Sandakan daripada pemilik sebelumnya. PASTI Bilal dan PASTI Zaid merupakan PASTI kedua dan ketiga yang dimiliki oleh PASTI Sandakan.

Penubuhan PASTI Bilal dan PASTI Zaid yang terletak di Parlimen Batu Sapi memang menjadi target dan sasaran bagi PAS Kawasan sebelum ini. Dengan terbelinya kedua-dua buah PASTI ini, ia telah menjadi bonus kepada PAS Kawasan.

Di ruangan ini juga, Pihak Pengurusan PASTI mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Puan Ummu Syafiqah Jamaluddin kerana sudi menjadi penama atas pembelian PASTI Bilal Bin Rabah. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada suami beliau kerana membenarkan urusan pembelian ini dibuat atas nama isteri beliau.

Tanpa pengorbanan beliau dan suami, hasrat PASTI Sandakan ini tidak dapat diterjemahkan sepenuhnya. Semoga Allah akan membalas pengorbanan beliau dan suami ini.

Akhirnya, Pihak PASTI Sandakan juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang (melalui akaun kami) dan sahabat-sahabat yang menginfakkan harta dalam usaha membeli PASTI-PASTI tersebut. Teruskan menyumbang. Hanya Allah yang akan membalas pengorbanan tuan-tuan.

Sekian.