Tuesday, July 7, 2009

Perasmian PASTI Bilal dan PASTI Zaid

Salam perjuangan.

5 Julai 2009 yang lalu, Sdr Anuar Ali telah merasmikan PASTI Bilal Bin Rabah dan PASTI Zaid Bin Harithah. Majlis yang diadakan dengan penuh ringkas itu didahului dengan pertemuan empat mata antara Guru PASTI Kawasan Sandakan dengan Pihak Pengurusan PASTI Sandakan.

Bagi makluman semua, PASTI Bilal dan PASTI Zaid telah dimiliki dan dibeli oleh PASTI Sandakan daripada pemilik sebelumnya. PASTI Bilal dan PASTI Zaid merupakan PASTI kedua dan ketiga yang dimiliki oleh PASTI Sandakan.

Penubuhan PASTI Bilal dan PASTI Zaid yang terletak di Parlimen Batu Sapi memang menjadi target dan sasaran bagi PAS Kawasan sebelum ini. Dengan terbelinya kedua-dua buah PASTI ini, ia telah menjadi bonus kepada PAS Kawasan.

Di ruangan ini juga, Pihak Pengurusan PASTI mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Puan Ummu Syafiqah Jamaluddin kerana sudi menjadi penama atas pembelian PASTI Bilal Bin Rabah. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada suami beliau kerana membenarkan urusan pembelian ini dibuat atas nama isteri beliau.

Tanpa pengorbanan beliau dan suami, hasrat PASTI Sandakan ini tidak dapat diterjemahkan sepenuhnya. Semoga Allah akan membalas pengorbanan beliau dan suami ini.

Akhirnya, Pihak PASTI Sandakan juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang (melalui akaun kami) dan sahabat-sahabat yang menginfakkan harta dalam usaha membeli PASTI-PASTI tersebut. Teruskan menyumbang. Hanya Allah yang akan membalas pengorbanan tuan-tuan.

Sekian.

1 comment:

Suara Hati said...

Mana paparan gambarnya???