Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri

Setelah hampir sebulan berpuasa, maka tibalah saat yang dinantikan oleh semua umat Islam. Kehadiran 1 syawal yang amat dinantikan.

Sungguhpun kesedihan kerana bakal ditinggalkan oleh Ramadhan.. ia tetap menjadi bekalan dan semangat untuk terus berjuang menegakkan Islam tercinta melalui sistem pendidikan ini.

Semoga, dengan Ramadhan yang bakal berlalu ini akan meniggalkan seribu satu tarbiyyah dalam diri semua. Perubahan yang positive selepas Ramadhan adalah amat dituntut. Amat rugi bagi mereka yang melalui sebulan madrasah ramadhan ini, tetapi masih seperti seperti sebelum sebulan yang lalu.

Sempena dengan aidilfitri yang mulia ini, PASTI Kawasan Sandakan akan mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri pada 4 Oktober ini di Dewan Pandu Puteri bermula 8.30 pagi. Semua Ibubapa/penjaga dan murid PASTi dijemput hadir.

Akhir kalam, dengan kehadiran Syawal yang bakal menjelang tiba ini; Ahli Jawatankuasa PASTI Kawasan Sandakan mengucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri kepada semua ahli Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG), ibu bapa/penjaga, guru-guru, murid-murid dan semua umat Islam.

Berbanyak-banyak kemaafan dipohon kepada semua sekiranya pihak kami ada melakukan sebarang kesalahan sepanjang tempoh kita berurusan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..

Monday, September 14, 2009

PASTI Sandakan Mohon Sumbangan

Salam Perjuangan.

PASTI Kawasan Sandakan akan mengadakan Sambutan Aidilfitri pada 4 Oktober 2009 yang akan datang. Pihak Pengurusan telah merangka beberapa aktiviti bagi menjayakan sambutan tersebut. Majlis ini merupakan majlis yang julung-ljulung kali diadakan selepas beberapa tahun ia tergendala.

Bagi pengetahuan semua, PASTI Sandakan akan menjemput semua ibu bapa/penjaga murid PASTI termasuk kenalan dan syarikat-syarikat yang selalu berkerjasama dengan PASTI Sandakan. Dianggarkan, kehadiran pada setengah hari tersebut akan mencecah sehingga 500 orang tetamu.

Bagi maksud tujuan tersebut juga, PASTI Sandakan akan menyewa sebuah dewan besar dan menempah makanan termasuk kuih muih untuk kapasiti 500 orang. Hasrat dan rancangan PASTI Sandakan ini hanya dapat diterjemahkan setelah menelan belanja sebanyak beberapa ribu ringgit.

Maka, PASTI Kawasan Sandakan memohon jasa baik syarikat korporat, orang perseorangan dan sesiapa sahaja untuk menyumbang kepada kami bagi meringankan beban PASTI Sandakan ini.

Mereka yang berminat untuk menyalurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian ke nombor akaun PASTI KAWASAN SANDAKAN 10016010061688 (Bank Islam Malaysia). Bagi maklumat lanjut anda boleh berhubung dengan Sdr Ishar Hamka Ismail di talian 019-8974798 atau Sdr Mustaman Mustain di talian 019-873 5740 atau 089223260 (pejabat).

Terima kasih.