Monday, July 26, 2010

Gilang gemilang Majlis Ihtifal PASTI Zon Sandakan kali ke tiga.

SANDAKAN, 25 Julai - PASTI Zon Sandakan sekali lagi mencatat sejarah apabila berjaya menganjurkan Majlis Ihtifalnya yang ke tiga dalam keadaan gilang gemilang di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Sandakan semalam.

Majlis yang menerima penyertaan daripada 12 buah PASTI itu termasuk PASTI Kawasan Kinabatangan yang mewakili tiga buah PASTI di kawasannya telah berlangsung selama setengah hari pada hari tersebut. Ia dimulakan dengan pelaksanaan 7 acara pertandingan termasuk hafazan, azan, deklamasi sajak, nasyid, bercerita dan sebagainya kemudian diakhiri dengan Majlis Perasmian dan Penangguhan.
peserta nasyid daripada PASTI Saidina Ali

Pertandingan kali ini diadakan di dua buah dewan yang berbeza. Acara deklamasi sajak, pidato, bercerita dan nasyid telah diadakan di Dewan A sementara di Dewan B telah berlangsung acara hafazan, azan dan membaca khutbah jumaat. Kehadiran ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga murid turut menambahkan kemeriahan suasana ihtifal kali ini.

para hakim yang arif lagi bijaksana

Setelah tamat sesi pertandingan, majlis diteruskan lagi dengan upacara perasmian dan penangguhan. Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Sdr lahirul Latigu, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah. Berkata semasa menyampaikan ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa pentingnya menitikberatkan soal pendidikan agama kepada anak-anak bagi melahirkan generasi al-quran yang sentiasa ta'at kepada Allah SWT.
Lahirul manyampaikan ucapan
Tambahnya lagi, "majlis Ihtifal yang merupakan satu kaedah bagi mengasah potensi anak-anak perlu diadakan selalu bagi mengembangkan daya saing dan daya cuba mereka terhadap pelajaran dan ilmu yang mereka perolehi semasa sesi PNP".

salah seorang peserta mambaca khutbah

Beliau turut menegaskan bahawa, sistem pendidikan yang ada di Malaysia kini tidak mampu mengatasi gejala sosial remaja serta masalah-masalah rakyat yang lain kerana ia tidak menekankan soal ketuhanan dan keimanan terhadap dosa pahala. Penyelesaiannya hanya berbalik kepada Islam dan inilah yang sedang diusahakan oleh PAS dengan mewujudkan institusi pendidikan Islam bermula daripada pra sekolah sehingga kepada peringkat universiti.

hadirin yang hadir di Dewan A

Lahirul juga sempat menyentuh beberapa isu termasuk isu kenaikan harga barang, isu perpaduan UMNO-PAS dan beberapa isu lain lagi. Mengulas isu kenaikan harga barang, beliau menjelaskan bahawa kenaikan kali ini merupakan gelombang pertama sebelum berlakunya gelombang kedua yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja kerana kerajaan Malaysia sedang berusaha mengatasi masalah negara yang bakal muflis.

Sementara itu, turut hadir semasa majlis tersebut ialah Sdr Ramlan Rahimin; AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, Ust Zaidi Mustafa; Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dan Ust Kamaruddin Wahab; Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan. Ahli jawatankuasa turut membuka kaunter jualan dan pameran semasa majlis tersebut diadakan.
.
kaunter jualan

Pada penghujung majlis, PASTI Saidina Umar Al-Khattab telah diumumkan sebagai juara keseluruhan. Mereka telah membawa pulang sebuah hamper, sebuah piala iringan, sebuah piala pusingan dan sijil sebagai pemenang.

Salah seorang pemenang acara individu

PASTI Solahuddin Johan pertandingan Nasyid

PASTI Saidina Umar Juara keseluruhan

*sila layari facebook PASTI Kawasan Sandakan untuk koleksi gambar yang lain.

Wednesday, July 21, 2010

Walimatul Urus Puan Diana Darman

Tahniah diucapkan kepada Puan Diana Darman, Guru PASTI Kawasan Sandakan dan suami, En Rusli Nordin kerana berjaya diijabkabulkan pada 6 Sya'ban 1431 H bersamaan 18 Julai 2010 yang lalu di Masjid Daerah Sandakan.

Semoga dengan permulaan detik ini akan menjadikan kehidupan Puan Diana Darman dan suami bertambah berkat dan diredhai Allah.



Monday, July 5, 2010

Majlis Perasmian PASTI Saad Bin Abi Waqqas & Kenduri Doa Selamat Meraikan Tokoh Guru PASTI Kebangsaan 2010

SANDAKAN, 4 JULAI - Majlis Perasmian PASTI Saad Bin Abi Waqqas & Kenduri Doa Selamat Meraikan Tokoh Guru PASTI Kebangsaan 2010, Puan Siti Sofiah Rafiei telah diadakan di PASTI Sa'ad Bin Abi Waqqas di sini dengan penuh meriah.

Antara tetamu dan jemutan yang hadir

PASTI Sa'ad Bin Abi Waqqas yang merupakan PASTI ke 11 diwujudkan oleh PASTI Sandakan telah dibeli dengan harga RM 50 000. Majlis pada hari ini diadakan bagi menunjukkan simbolik atas pemilikan mutlak PASTI Sandakan kepada bangunan PASTI Sa'ad Bin Abi Waqqas.

Ibu bapa serta penjaga yang turut memeriahkan majlis tersebut

PASTI yang dirasmikan oleh Tuan haji Hamzah Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah itu baru ditubuhkan pada tahun ini dan sudah menerima lebih daripada 20 orang murid sejak ia ditubuhkan. Walaupun dengan wujudnya beberapa PRA Sekolah di sekitar kawasan tersebut termasuk tadika swasta dan KEMAS, ia tidak menghalang hasrat ibu bapa serta penjaga murid untuk memilih sistem pendidikan Islam yang diajar di PASTI ini.

Tuan Haji Hamzah menurunkan tandatangan
pada plak perasmian



Sementara itu, dalam majlis ini juga turut diadakan kenduri doa selamat bagi meraikan Puan Siti Sofiah yang baru-baru ini telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru PASTI Kebangsaan pada 28 Mei 2010 yang lalu. Puan Siti Sofiah telah mengalahkan dua calon lain yang turut dicalonkan sebagai Tokoh Guru pada majlis yang diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, Terengganu itu.

Puan Siti Sofiah menerima cenderahati
daripada Tuan Haji Hamzah

menerima hadiah daripada Ust Abu Bakar Chik,
Ketua Lajnah Pendidikan PAS Pusat semasa Sambutan Hari Guru


Sebagai makluman pembaca, Puan Siti Sofiah merupakan penggerak PASTI Sandakan yang terawal sejak ia ditubuhkan pada tahun 1989. Beliau telah bersama PASTI dalam keadaan susah dan senang. Bagi pihak Jawatankuasa PASTI Kawasan Sandakan, adalah selayaknya Puan Siti Sofiah dianugerahkan sebagi Tokoh Guru PASTI Kebangsaan tahun ini.

Puan Siti Sofiah bersama dua calon lain
di Majlis Sambutan Hari Guru

Majlis yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Sandakan, Sdr Abdul Wahid Mohd Rafi itu diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sedikit jamuan.

Tuan Haji Hamzah menerima Cenderahati
daripada Sdr Abdul Wahid