Monday, July 5, 2010

Majlis Perasmian PASTI Saad Bin Abi Waqqas & Kenduri Doa Selamat Meraikan Tokoh Guru PASTI Kebangsaan 2010

SANDAKAN, 4 JULAI - Majlis Perasmian PASTI Saad Bin Abi Waqqas & Kenduri Doa Selamat Meraikan Tokoh Guru PASTI Kebangsaan 2010, Puan Siti Sofiah Rafiei telah diadakan di PASTI Sa'ad Bin Abi Waqqas di sini dengan penuh meriah.

Antara tetamu dan jemutan yang hadir

PASTI Sa'ad Bin Abi Waqqas yang merupakan PASTI ke 11 diwujudkan oleh PASTI Sandakan telah dibeli dengan harga RM 50 000. Majlis pada hari ini diadakan bagi menunjukkan simbolik atas pemilikan mutlak PASTI Sandakan kepada bangunan PASTI Sa'ad Bin Abi Waqqas.

Ibu bapa serta penjaga yang turut memeriahkan majlis tersebut

PASTI yang dirasmikan oleh Tuan haji Hamzah Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah itu baru ditubuhkan pada tahun ini dan sudah menerima lebih daripada 20 orang murid sejak ia ditubuhkan. Walaupun dengan wujudnya beberapa PRA Sekolah di sekitar kawasan tersebut termasuk tadika swasta dan KEMAS, ia tidak menghalang hasrat ibu bapa serta penjaga murid untuk memilih sistem pendidikan Islam yang diajar di PASTI ini.

Tuan Haji Hamzah menurunkan tandatangan
pada plak perasmian



Sementara itu, dalam majlis ini juga turut diadakan kenduri doa selamat bagi meraikan Puan Siti Sofiah yang baru-baru ini telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru PASTI Kebangsaan pada 28 Mei 2010 yang lalu. Puan Siti Sofiah telah mengalahkan dua calon lain yang turut dicalonkan sebagai Tokoh Guru pada majlis yang diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, Terengganu itu.

Puan Siti Sofiah menerima cenderahati
daripada Tuan Haji Hamzah

menerima hadiah daripada Ust Abu Bakar Chik,
Ketua Lajnah Pendidikan PAS Pusat semasa Sambutan Hari Guru


Sebagai makluman pembaca, Puan Siti Sofiah merupakan penggerak PASTI Sandakan yang terawal sejak ia ditubuhkan pada tahun 1989. Beliau telah bersama PASTI dalam keadaan susah dan senang. Bagi pihak Jawatankuasa PASTI Kawasan Sandakan, adalah selayaknya Puan Siti Sofiah dianugerahkan sebagi Tokoh Guru PASTI Kebangsaan tahun ini.

Puan Siti Sofiah bersama dua calon lain
di Majlis Sambutan Hari Guru

Majlis yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Sandakan, Sdr Abdul Wahid Mohd Rafi itu diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sedikit jamuan.

Tuan Haji Hamzah menerima Cenderahati
daripada Sdr Abdul Wahid

No comments: