Monday, April 23, 2012

Pesta Sukan PASTI kali ke 2

Setelah menyepi 2 tahun, akhirnya Pesta Sukan PASTI diadakan semula. Kali ini diadakan di Padang Bandaran. Sebanyak 12 pasukan telah menghantar wakil termasuk dari PASTI Kawasan Kinabatangan.



Berikut keputusan bagi pertandingan Bola Sepak :
Johan : PASTI Khalid Al-Walid
Naib Johan : PASTI Kinabatangan
Ketiga : PASTI Saidina Umar Al-Khattab

Sementara itu, berikut merupakan keputusan bagi pertandingan Bola Jaring :
Johan : PASTI Saidina Umar Al-Khattab
Naib johan : PASTI Abdul Rahman Bin Auf
Ketiga : PASTI Khalid Al-Walid

Klik untuk melihat foto-foto lain.

Temasya Sukaneka PASTI Kawasan Sandakan kali ke 23

PASTI Kawasan Sandakan telah mengadakan Temasya Sukaneka pada 1 April 2012 yang lalu di Padang Bandaran Sandakan. Pelbagai acara telah dijalankan seperti 4 x 50 m, lari kuda kayu, lari ikat kaki, kumpul gula-gula, tarik tali, melukis/mewarna, acara terbuka dan sebagainya.

Juara keseluruhan elah disandang oleh PASTI Saidina Umar.

*Gambar akan menyusul, Insya'Allah.

Sunday, April 22, 2012

Misi mengiringi Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia ke Kinabatangan dan Lahad Datu

Rombongan bertolak dari Sandakan seawal 7.30 pagi. Tiba di Kinabatangan pada 9.00 pagi kemudian meneruskan perjalanan ke Lahad Datu jam 12.00 tengah hari.


Hj Hashan (Ketua Pengarah PASTI Malaysia)
sedang memberikan taklimat


Rombongan ALP PASTI Malaysia seperti berikut :
1) Hj Hashan Hj Ahmad (Ketua Pengarah)
2) Sdr Mohd Shah Mior Bin Qasim (Timb. Ketua Pengarah - Sektor Ekonomi)
3) Ust Azrul Hisham Bin Mohd Salleh (Timb. Ketua Pengarah - Sektor Pembangunan & Penyelidikan)
4) Hj Rosli Suhaime (Setausaha PASTI Malaysia)