Saturday, January 1, 2011

Kursus Pemantapan Guru PASTI

PASTI Kawasan Sandakan memulakan sesi persekolahan 2011 dengan mengadakan Kursus Pemantapan Guru yang selamat diadakan pada 30 hingga 31 Disember yang lalu di PASTI Khalid Al-Walid.

Kursus yang menghimpunkan semua guru baru dan lama itu termasuk guru dari kawasan Kinabatangan mendedahkan banyak skil dan teknik mengajar yang amat diperlukan oleh seorang guru pra sekolah Islam. Disamping itu, kursus tersebut juga diisi dengan slot pengurusan PASTI serta pengisian rohani-rohani yang lain seperti tazkirah dan qiamullail.

Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan. Dalam ucapan perasmian, beliau menegaskan tentang susahnya untuk medidik kanak-kanak pra sekolah. Disamping pengorbanan, keikhlasan turut ditagih dalam usaha dakwah ini. Lebih-lebih lagi bagi institusi PASTI yang berteraskan Islam ini.

Akhirnya, semoga dengan permulaan yang kecil ini dapat membantu sedikit sebanyak guru PASTI dalam meniti amanah sebagai pendidik ummah.

(gambar akan menyusul kemudian)