Saturday, October 17, 2009

PASTI Sandakan mohon bantuan sempena Majlis Konvokesyen dan pembelian PASTI Khalid Al-Walid.

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Zon Sandakan bakal mengadakan Majlis Konvokesyen yang akan diadakan pada 15 November ini. Majlis ini merupakan majlis tahunan PASTI Zon Sandakan.

Majlis ini akan meraikan murid-murid Pra 2 yang akan menamatkan persekolahan mereka pada hujung tahun ini. Bagi makluman semua, Majlis kali ini merupakan Konvokesyen kali ke 20 PASTI Sandakan sesuai dengan usia PASTI Sandakan yang mencecah 20 tahun pada tahun ini.

Sementaar itu, PASTI Sandakan juga berhasrat untuk membeli sebuah bangunan di Kampung Tinosa 2 bagi menggantikan bangunan PASTI Khalid Al-Walid yang ada sekarang. Bagi makluman pembaca, PASTI Khalid sekarang beroperasi di sebuah bangunan yanng disewa sebanyak RM300 setiap bulan.

Memandangkan bangunan ini sukar untuk dibeli, Pihak Pengurusan telah mencari bangunan yang lain untuk dibeli yang juga berada di kampung Tinosa 2. Tujuan pembelian tersebut ialah bagi mengurangkan kos pengurusan PASTI Sandakan.

Bagi makluman semua,PASTI Khalid Al-Walid akan dan sedang dimanfaatkan sebagai tadika Islam dan kelas fardhu ain pada sebelah petang atau malamnya. PASTI sedia ada tersebut telah beroperasi hampir 3 tahun tetapi masih disewa dan keadaan ini jika berterusan adalah merugikan dari segi aset untuk jangka panjang. Anggaran kos bagi pembelian bangunan tersebut ialah sebanyak RM 40,000.00.

Sehubungan dua peristiwa di atas, AJK Pengurusan PASTI Kawasan Sandakan memohon jasa baik orang ramai, individu atau syarikat korporat untuk menyalurkan sumbangan bagi mempercepatkan pembelian pembelian premis PASTI Khalid Al-Walid tersebut demi masa depan anak-anak tempatan yang dahagakan ilmu islam dan membantu PASTI Sandakan untuk kelancaran Majlis Konvokesyen yang akan diadakan pada November ini.

Mereka yang berminat untuk menyalurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian ke nombor akaun PASTI KAWASAN SANDAKAN 10016010061688 (Bank Islam Malaysia Cawangan Kota Kinabalu, Sabah). Ataupun untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Ishar Hamka Ismail di talian 019-8974798 dan Mustaman Mustain di talian 019-8735740, 089223260.

Sekian dan terima kasih.

Warna warni Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Hari Raya PASTI Sandakan.

Salam perjuangan.

4 Oktober yang lalu, PASTI Sandakan dengan kerjasama PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat telah mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Hari Raya di Dewan Pandu Puteri dekat sini.

Majlis yang julung-julung kalinya diadakan itu mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Ibu bapa murid PASTI, kenalan, rakan politik dan masyarakat Sandakan telah sudi menghadiri Majlis tersebut. Rata-rata tetamu yang hadir memuji kesungguhan PASTI mengadakan majlis seumpama ini.

Sememntara itu, daripada pihak pengurusan PASTI pula, kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua bagi menjayakan Maljis tersebut. Istimewa dedikasi buat Ahli JIBG, Ibu Bapa/Penjaga dan rakan politik PAS Sandakan atas kesudian memenuhi undangan kami.

Semoga majlis seumpama ini akan terus diadakan pada tahun akan datang.









Sekian