Monday, May 3, 2010

Selamat Menjalani Peperiksaan Semester Satu

Peperiksaan semester satu PASTI Kawasan Sandakan akan diadakan pada 4 Mei 2010 hingga 13 Mei 2010. Ujian lisan akan diadakan pada minggu pertama, 4 Mei hingga 7 Mei sementara ujian bertulis akan diadakan pada minggu seterusnya.


Berikut merupakan soalan ujian lisan yang akan diuji bermula esok:



Bil

Subjek

5 Tahun

6 Tahun

Tajuk/Isi Pelajaran

Markah

Tajuk/Isi Pelajaran

Markah

01.

Al-Quran

Surah Al-Fatihah

25 M

Surah Al-Fatihah

25 M

Surah Al-Ikhlas

50 M

Surah Al-Quraisy

50 M

Surah Al-‘Asr

25 M

Surah Al-Maun

25 M

02.

Hadith

Hadith syurga

50 M

Hadith pewaris nabi

50 M

Hadith larangan makan dan minum semasa berdiri

50 M

Hadith kewajipan menuntut ilmu

50 M

03.

Doa

Doa sebelum tidur

25 M

Doa masuk tandas

25 M

Doa sebelum makan

25 M

Doa masuk masjid

25 M

Adab-adab sebelum tidur

25 M

Adab-adab masuk tandas

25 M

Adab-adab sebelum makan

25 M

Adab-adab masuk masjid

25 M



Sementara itu, berikut merupakan jadual waktu peperiksaan semester pertama bagi ujian bertulis:


Tarikh

Masa

5 Tahun

6 Tahun

Mata Pelajaran

Kod

Mata Pelajaran

Kod

10 Mei 2010

(Isnin)

8.30 pg-9.30 pg

Bahasa Melayu

51

Bahasa Melayu

61

10.00 pg-11.00 pg

Bahasa Arab

52

Bahasa Arab

62

11 Mei 2010

(Selasa)

8.30 pg-9.30 pg

English

53

English

63

10.00 pg-11.00 pg

Matematik

58

Matematik

68

12 Mei 2010

(Rabu)

8.30 pg-9.30 pg

PSSPI

57

PSSPI

67

10.00 pg-11.00 pg

Jawi

55

Jawi

65

13 Mei 2010

(Khamis)

8.30 pg-9.30 pg

Peribadi Muslim

54

Peribadi Muslim

64

10.00 pg-11.00 pg

Al-Quran

56

Al-Quran

66



Selamat menjawab buat semua pelajar PASTI dan semoga berjaya.








Saturday, April 17, 2010

SUKANEKA PASTI KALI KE-19 MERIAH

SANDAKAN, 4 April (Ahad): Temasya Sukaneka PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) Zon Sandakan Kali Ke-19 berlangsung cukup meriah dengan kehadiran lebih kurang 1000 orang yang terdiri daripada kanak-kanak PASTI, ibu bapa dan AJK pelaksana. Temasya sukaneka kali ini menampilkan 13 buah kontinjen mewakili PASTI dalam daerah Sandakan dan Kinabatangan, berentap bagi merebut gelaran juara untuk setiap acara yang dipertandingkan.

Temasya dimulakan dengan perarakan perbarisan daripada setiap kontinjen yang bertanding diikuti Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh Yg. Bhg. Tn. Hj. Hamzah Abdullah, Timb. Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah. Dalam ucapan perasmian beliau merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan kehadiran ibu bapa untuk menjayakan temasya sukaneka kali ini.
Perasmian oleh Tn. Hj. Hamzah Abdullah

Bersedia untuk perarakan perbarisan

Temasya yang buat julung-julung kalinya diadakan di Kompleks Sukan Sandakan ini, (sebelum ini di Padang Majlis Perbandaran Sandakan) telah mempertandingkan beberapa acara. Antaranya termasuklah acara lari berganti-ganti 4 x 50 meter, isi air dalam botol, tiup belon, bawa bola ping pong guna sudu, tarik tali dan ‘turn a ball’. Tidak ketinggalan beberapa acara untuk bapa seperti tarik tali, jaring gol guna tumit dan timang bola takraw. Untuk acara ibu pula termasuklah anyam ketupat, kait benang dan pertandingan gubahan.

Acara: bawa bola ping pong guna sudu (kategori muslimat)

Kamilah juara..

Temasya sukaneka PASTI Zon Sandakan Kali Ke-19 tahun 2010 yang berakhir lebih kurang pukul 1.30pm telah menobatkan PASTI Umar al-Khattab sebagai johan keseluruhan untuk tahun ke-7 berturut-turut. Naib johan disandang oleh PASTI Khalid al-Walid dan tempat ketiga adalah PASTI Bilal Bin Rabah.

PASTI Umar Johan Sukaneka Zon Sandakan Kali Ke-19