Thursday, March 26, 2009

Menjelang Temasya Sukaneka Tahunan PASTI Zon Sandakan


Dalam masa beberapa hari lagi iaitu pada 02 Rabiul Akhir bersamaan 29 Mac 2009, PASTI Zon Sandakan bakal mengadakan Temasya Sukaneka Tahunan kali ke 18. Dan semalam (25.3.2009) telah diadakan mesyuarat terakhir bagi membincangkan persiapan akhir menjelang hari temasya nanti.


Dan sejarah baru bakal dicatatkan dalam temasya sukaneka PASTI tahun ini. Kalau tahun-tahun yang lalu, sukaneka PASTI Zon Sandakan ini mnyaksikan penyertaan dari 8 buah PASTI iaitu 7 PASTI dari sekitar Sandakan dan 1 PASTI dari Kinabatangan. Namun pada tahun ini kemeriahan, suasana ceria dan cergas anak-anak kita pelajar PASTI akan lebih dirasai kerana peningkatan jumlah penyertaan kontinjen dari semua 10 buah PASTI di Sandakan dan 1 PASTI dari Kinabatangan.


Secara tidak langsung, kemeriahan yang bakal kita saksikan itu turut melibatkan ibu bapa dan seluruh warga PASTI Zon Sandakan. Oleh yang demikian, di samping acara sukaneka yang akan ditandingi oleh anak-anak kita, pihak Jawatankuasa Sukaneka seperti biasa turut menyediakan pelbagai acara untuk kaum ibu dan bapa serta orang ramai.


Untuk makluman, temasya sukaneka kali ini akan dirasmikan oleh Pengarah PASTI Negeri Sabah iaitu Sdr Yakari Sulong.


Justeru, pihak pengurusan PASTI Kawasan Sandakan mempersilakan warga Sandakan datang beramai-ramai menyaksikan serta memeriahkan lagi temasya tahunan ini.

Semoga apa yang kita rancang ini dipermudahkan urusannya oleh Allah Taala dan ianya berjalan dengan lancar.

Insya Allah.






No comments: