Wednesday, May 19, 2010

Perasmian PASTI Khalid Al-Walid

SANDAKAN, 16 MEI - Perasmian PASTI Khalid Al-Walid telah diadakan dalam suasana yang penuh sederhana dan meriah di Kg Tinusa Dua di sini.

Tetamu dan jemputan yang hadir

PASTI yang telah disempuranakan perasmiannya oleh En Rosli Suhaime, Setiausaha PASTI Malaysia itu merupakan PASTI ke enam yang dimiliki oleh PASTI Kawasan Sandakan selepas PASTI Saidina Uthman, PASTI Saidina Ali dan beberapa buah PASTI yang lain.

Ucapan perasmian oleh En Rosli

En Rosli menurunkan tandatangan


Semasa menyampaikan ucapan perasmiannya, En Rosli menegaskan bahawa ibu bapa adalah bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan pendidikan Islam. Mereka akan ditanya di Padang Mahsyar tentang anak-anak mereka sebelum dilepaskan ke dalam syurga. Justeru, melalui Dewan Pemuda PAS inilah PASTI ditubuhkan untuk membantu ibu bapa bagi meyediakan pendidikan Islam buat anak-anak.

Penyampaian Cenderakenangan oleh Ketua DPPK Sandakan

Majlis yang dihadiri oleh hampir 100 orang itu diselitkan juga dengan majlis bacaan doa selamat bagi memberkati lagi gerak kerja PASTI Kawasan Sandakan. Majlis diakhiri dengan sedkit jamuan buat para tetamu dan jemputan yang hadir.

Jamuan

1 comment:

Unknown said...

Asalammualaikum.... saya sebenarnya mencari latar belakang keluarga saya....Moyang saya bernama Al-Khalid iaitu seseorang yang pernah menyebar ilmu agama islam disandakan di suatu ketika itu....Tuan hamba tahu apa2 mengenainya?