Friday, August 21, 2009
Timbalan YDP PAS Kawasan dan isteri menimang cahaya mata ke lima
Seluruh AJK dan Guru PASTI Kawasan ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Sdr Sahar, Naib YDP PAS Kawasan dan isteri Puan Rosmah (Guru PASTI Saidina Hamzah) atas kelahiran cahaya mata yang baru.
Menurut sumber, bayi yang baru lahir ini merupakan perempuan ataupun lebih sedap jika kita panggil sebagai mujahidah islam. Dengan kehadiran ini, telah melengkapkan jumlah cahaya mata Sdr Sahar dan isteri sebanyak 5 orang, 3 lelaki dan 2 perempuan.
Semoga zuriat yang lahir ini juga akan meneruskan agenda perjuangan Islam seperti yang dijuangkan oleh kedua ibu bapanya dan menjadi anak soleh yang menjadi penyejuk mata Sdr Sahar dan isteri.
Thursday, August 6, 2009
PASTI Sandakan Mohon Bantuan Kewangan Bagi Pembelian Bangunan PASTI Saidina Ali
SANDAKAN, 5 Ogos – Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Sandakan, Sabah memohon sumbangan kewangan bagi pembelian sebuah premis PASTI iaitu PASTI Saidina Ali yang terletak di Flat Sim-sim dalam kawasan Dun Tanjung Papat, Parlimen Sandakan.
Tujuan pusat asuhan itu ditubuhkan untuk dimanfaatkan sebagai tadika Islam dan kelas fardhu ain pada sebelah petang atau malamnya. PASTI sediada di Flat Sim-sim tersebut telah beroperasi hampir 10 tahun tetapi masih disewa dan keadaan ini jika berterusan adalah merugikan dari segi aset untuk jangka panjang.Anggaran kos bagi pembelian bangunan tersebut ialah sebanyak RM75,000.00 AJK Pengurusan PASTI Kawasan Sandakan memohon jasa baik orang ramai, individu atau syarikat korporat untuk menyalurkan sumbangan bagi mempercepatkan pembelian bangunan tersebut demi masa depan anak-anak tempatan yang dahagakan ilmu islam.
Monday, August 3, 2009
Majlis Ihtifal PASTI Zon Sandakan Kali Kedua meriah..
Majlis Ihtifal ini telah dirasmikan oleh Pengarah PASTI Negeri Sabah, En Mohd Anuar Ali. Ia melibatkan 11 PASTI dari seluruh Sandakan termasuk PASTI Darul Ulum di Kinabatangan.
dari kiri; Ishar, Hamzah, Anuar, Nasruddin dan Kamaruddin
Majlis kali ini turut diserikan dengan jualan dan pameran daripada Lajnah Ekonomi Pemuda Kawasan, Muslimat Kawasan dan Nisa'. Pihak pengurusan juga telah menjemput beberapa peniaga kecil untuk mengambil bahagian dalam majlis kali ini.
Di akhir majlis, PASTI Khalid Al-Walid, Kg Tinosa 2 telah diumumkan sebagai Juara Keseluruhan. PASTI Khalid Al-Walid merupakan Juara Bertahan bagi Majlis Ihtifal kali ini, sekaligus membawa pulang sebuah piala iringan dan sebuah piala pusingan.
Sementara itu, berikut merupakan senarai pemenang bagi acara-acara lain:
Bil | Acara | Johan | Naib Johan | Ketiga |
1 | Pidato | NURAIN SYAHIRAH BT YUSOP (Khalid Al-Walid) | FATIN HUMAIRA’ BT MOHD HANAPI (Saidina Umar Al-Khattab) | SITI HASMAH BT IBNO (Solahuddin Al-Ayyubi) |
2 | Azan | MOHD ARBY KHAN BIN SABRI (Saidina Hamzah) | ISMAIL BIN DELPIN (Saidina Abu Bakar As-Siddiq) | HAIRUL NIZAM BIN SUARDI (Khalid Al-Walid) |
3 | Sajak Muslimin | MUHAMMAD AL FATIH BIN ZAINUN (Khalid Al-Walid) | WAN MADIHI SHAMRIEE JAHARI (Saidina Umar Al-Khattab) | MOHAMMAD SYAUFEEZAN A’ZIM BIN MAYASIN (Saidina Uthman Bin Affan) |
4 | Sajak Muslimat | NUR AIDATUL NABILAH BT ABDUL SAID (Saidina Umar Al-Khattab) | SHERINA BINTI SOFIAN (Saidina Abu Bakar As-Siddiq) | SITI MASYITAH BINTI AWANG RAMLEE (Saidina Uthman Bin Affan) |
5 | Hafazan Muslimin | MUHAMMAD AL FATIH BIN ZAINUN (Khalid Al-Walid) | MUHAMMAD HANIS ZAKWAN BIN MAHBUT (Saidina Umar Al-Khattab) | SALMAN BIN DULLAH (Bilal Bin Rabah) |
6 | Hafazan Muslimat | SITI NUR MAISARAH BT MOHD (Solahuddin Al-Ayyubi) | HALIMATUS SADIAH BT MOHAMMAD (Zaid Bin Harithah) | NUR RABI’ATUL ADAWIYAH BT MASDEE (Khalid Al-Walid) |
7 | Bercerita Muslimin | MOHAMMAD RIEZMAN BIN MOHD NASIR (Saidina Umar Al-Khattab) | MUHAMMAD FARHAN BIN MUHAMAD ASDAR (Saidina Abu Bakar As-Siddiq) | NUR REDZWAN BIN JUFFERIDIN (Khalid Al-Walid) |
8 | Bercerita Muslimat | FAAIZAH BT MOHMAD JUMRI (Solahuddin Al-Ayyubi) | NURUL MAISARAH BT MOHD NOH (Saidina Hamzah) | AMYIERA BT SUDIRMAN (Saidina Ali Bin Abi Talib) |
9 | Membaca Khutbah | MOHAMMAD HANIF BIN HARMAN (Saidina Umar Al-Khattab) | ZARISH AMIRUL BIN ZAMRIE (Solahuddin Al-Ayyubi) | HAIRUL NIZAM BIN SUARDI (Khalid Al-Walid) |
10 | Nasyid | Khalid Al-Walid | Saidina Hamzah | Solahuddin Al-Ayyubi |
Sekian...