Monday, August 3, 2009

Majlis Ihtifal PASTI Zon Sandakan Kali Kedua meriah..

Majlis Ihtifal PASTI Zon Sandakan 2009 kali ke 2 telah diadakan dengan penuh meriah pada 2 Ogos 2009 yang lalu di Masjid Daerah Sandakan.

Masjid Daerah Sandakan

Majlis Ihtifal ini telah dirasmikan oleh Pengarah PASTI Negeri Sabah, En Mohd Anuar Ali. Ia melibatkan 11 PASTI dari seluruh Sandakan termasuk PASTI Darul Ulum di Kinabatangan.

En Anuar sedang menyampaikan ucapan

VIP yang hadir
dari kiri; Ishar, Hamzah, Anuar, Nasruddin dan Kamaruddin


Sebanyak 7 acara telah dipertandingkan melibatkan lebih 200 orang murid. Bagi pengetahuan semua, Majlis Ihtifal kali ini merupakan majlis kali kedua selepas ia diadakan tahun lalu di SMK Agama Sandakan. Buat pertama kali juga, PASTI Sandakan telah mempertandingkan kesemua acara yang biasa dipertandingkan di Peringakat Negeri dan Pusat.

membaca khutbah

hafazan

pidato

Bercerita

Azan

Sajak

Nasyid

Kehadiran ibu bapa, amat memberangsangkan. Walaupun ianya dilangsungkan sehingga tengahari, ibu bapa tetap setia menanti hingga majlis ditangguhkan.



Para hakim sedang teliti memberi markah

Majlis kali ini turut diserikan dengan jualan dan pameran daripada Lajnah
Ekonomi Pemuda Kawasan, Muslimat Kawasan dan Nisa'. Pihak pengurusan juga telah menjemput beberapa peniaga kecil untuk mengambil bahagian dalam majlis kali ini.



Di akhir majlis, PASTI Khalid Al-Walid, Kg Tinosa 2 telah diumumkan sebagai Juara Keseluruhan. PASTI Khalid Al-Walid merupakan Juara Bertahan bagi Majlis Ihtifal kali ini, sekaligus membawa pulang sebuah piala iringan dan sebuah piala pusingan.

Hadiah Juara Keseluruhan diterima oleh Pn Mardiana

Sementara itu, berikut merupakan senarai pemenang bagi acara-acara lain:

Bil

Acara

Johan

Naib Johan

Ketiga

1

Pidato

NURAIN SYAHIRAH BT YUSOP

(Khalid Al-Walid)

FATIN HUMAIRA’ BT MOHD HANAPI

(Saidina Umar Al-Khattab)

SITI HASMAH BT IBNO

(Solahuddin Al-Ayyubi)

2

Azan

MOHD ARBY KHAN BIN SABRI

(Saidina Hamzah)

ISMAIL BIN DELPIN

(Saidina Abu Bakar As-Siddiq)

HAIRUL NIZAM BIN SUARDI

(Khalid Al-Walid)

3

Sajak Muslimin

MUHAMMAD AL FATIH BIN ZAINUN

(Khalid Al-Walid)

WAN MADIHI SHAMRIEE JAHARI

(Saidina Umar Al-Khattab)

MOHAMMAD SYAUFEEZAN A’ZIM BIN MAYASIN

(Saidina Uthman Bin Affan)

4

Sajak Muslimat

NUR AIDATUL NABILAH BT ABDUL SAID

(Saidina Umar Al-Khattab)

SHERINA BINTI SOFIAN

(Saidina Abu Bakar As-Siddiq)

SITI MASYITAH BINTI AWANG RAMLEE

(Saidina Uthman Bin Affan)

5

Hafazan Muslimin

MUHAMMAD AL FATIH BIN ZAINUN

(Khalid Al-Walid)

MUHAMMAD HANIS ZAKWAN BIN MAHBUT

(Saidina Umar Al-Khattab)

SALMAN BIN DULLAH

(Bilal Bin Rabah)

6

Hafazan Muslimat

SITI NUR MAISARAH BT MOHD

(Solahuddin Al-Ayyubi)

HALIMATUS SADIAH BT MOHAMMAD

(Zaid Bin Harithah)

NUR RABI’ATUL ADAWIYAH BT MASDEE

(Khalid Al-Walid)

7

Bercerita Muslimin

MOHAMMAD RIEZMAN BIN MOHD NASIR

(Saidina Umar Al-Khattab)

MUHAMMAD FARHAN BIN MUHAMAD ASDAR

(Saidina Abu Bakar As-Siddiq)

NUR REDZWAN BIN JUFFERIDIN

(Khalid Al-Walid)

8

Bercerita Muslimat

FAAIZAH BT MOHMAD JUMRI

(Solahuddin Al-Ayyubi)

NURUL MAISARAH BT MOHD NOH

(Saidina Hamzah)

AMYIERA BT SUDIRMAN

(Saidina Ali Bin Abi Talib)

9

Membaca Khutbah

MOHAMMAD HANIF BIN HARMAN

(Saidina Umar Al-Khattab)

ZARISH AMIRUL BIN ZAMRIE

(Solahuddin Al-Ayyubi)

HAIRUL NIZAM BIN SUARDI

(Khalid Al-Walid)

10

Nasyid

Khalid Al-Walid

Saidina Hamzah

Solahuddin Al-Ayyubi



Sekian...

1 comment:

abamuaz said...

salam.. Tahniah kepada penggerak PASTI Sandakan...Usaha anda akan diberkati Allah