Wednesday, May 19, 2010

Kursus Pengurusan PASTI Sandakan

SANDAKAN, 16 MEI - Hampir 40 orang AJK dan Guru PASTI seluruh Sandakan telah menyertai Kursus Pengurusan PASTI yang diadakan di PASTI Khalid Al-Walid di sini.

En Rosli memberikan pembentangan

Pembentangan oleh En Ridzuan

Kursus yang disampaikan oleh Setiausaha PASTI Malaysia, En Rosli Suhaime itu telah mendedahkan banyak kaedah pengurusan yang terkini dan yang sedang diselaraskan di seluruh negara. Kursus pengurusan ini juga melibatkan Pengarah Bahagian Penaziran PASTI Malaysia, En Ridzuan Rashid dan Pengarah Bahagian Kebajikan, Pn Samila Said yang membicarakan tentang portflio masing-masing.

Slot Kebajikan bersama Pn Samila

Menurut seorang AJK yang mengikuti kursus ini, memandangkan PASTI Sandakan memiliki ramai muka baru dalam Ahli Jawatankuasa, pengisian kursus kali ini amat berguna kepada mereka. Ia bukan sahaja amat berharga buat AJK malah kepada guru.

Barisan AJK dan Guru yang menjadi peserta kursus

Sebelum kursus ini berakhir, En Rosli sudi memberi hadiah kepada semua guru PASTI Sandakan bagi mewakili seluruh Ahli Jawatnkuasa PASTI Sandakan. Semoga dengan sedikit hadiah itu dapat menyuntik semangat guru-guru PASTI Sandakan untuk istiqomah dalam arena ini.

Salah seorang guru yang menerima hadiah hari guru


Cenderakenangan disampaikan
oleh Setiausaha PAS Kawasan Sandakan


Akhirnya, En Rosli berharap agar apa yang dibentangkan kali ini dapat menambahbaikkan sedikit sebanyak gerak kerja PASTI Sandakan dalam usaha menjadikan PASTI Sandakan sebagai pendidikan pra sekolah yang unggul menjelang 2015.

Jamuan ringan

No comments: