Wednesday, November 18, 2009

Pembukaan PASTI Baru

PASTI Kawasan Sandakan bakal menubuhkan satu lagi PASTI di Karamunting. PASTI ini merupakan PASTI ke 11 yang ditubuhkan oleh PASTI Kawasan Sandakan selepas menubuhkan 3 buah PASTI pada tahun ini.

PASTI yang terletak di sebuah rumah teres di Taman Po Hing ini diberi nama PASTI Sa'ad Bin Abi Waqqas sempena nama seorang sahabat yang pernah berjuang bersama-sama Rasulullah SAW semasa hayat baginda. Beliau merupakan Pak Cik Baginda daripada sebelah ibu.

Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis dengan tinta emas saat memimpin pasukan Islam melawan melawan tentara Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.

Sementara itu, penubuhan PASTI di Taman Po Hing ini merupakan suatu keperluan bagi penduduk kerana di taman ini masih belum ada Pra Sekolah yang mampu mengisi keperluan ini. PASTI Kawasan Sandakan telah mengambil pendekatan yang bijak dengan menubuhkan PASTI tersebut.

Walaupun mendapat sedikit halangan pada awalnya, ia tidak melemahkan semangat Pihak Pengurusan PASTI Sandakan untuk meneruskan hasrat murni ini. Ia akan mula dibuka seawal Disember ini untuk proses kemaskini, pembaikan dan seumpama dengannya. Pada januari 2010, PASTI ini akan mula beroperasi dengan beberapa orang murid dan seorang guru.

Bagi makluman pembaca, Pihak Pengurusan juga berhasrat untuk membeli PASTI Sa'ad Bin Abi Waqqas. Dengan kadar sewa RM300 sebulan, ia merupakan satu kerugian bagi PASTI Sandakan untuk jangka masa panjang. Pihak Tuan Rumah juga telah bersetuju untuk menjual rumah tersebut dengan harga yang akan dibincangkan kemudian.

Sehubungan itu, Pihak Pengurusan memohon dan kepada semua pembaca, syarikat-syarikat korporat, jutawan dan lain-lain untuk menghulurkan sumbangan dan infak bagi meringankan beban PASTI Sandakan ini. Semua sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Bank Islam Malaysia Berhad: PASTI Kawasan Sandakan, Nombor akaun: 100-160-100-616-88. Segala pertanyaan boleh diajukan kepada Sdr Ishar Hamka (0198974798) atau Sdr Mustaman(0198735740).

1 comment:

Habibie said...

Assalamu'alaikum wr wb,...

Klu laa saya ada kt Malaysia,..
InsyaAllah anak2 saya akan Masuk ke PASTI...^_^
So,...buka laa kt Indonesia?Boleh?

Wassalamu'alaikum wr wb,...