Tuesday, November 18, 2008

SEJARAH RINGKAS PASTI KAWASAN SANDAKAN


Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) adalah salah sebuah entiti pendidikan pra sekolah di bumi Sandakan ini. Dan ia sinonim dengan roh Islam kerana PASTI adalah salah sebuah tadika Islam yang wujud di sini. Sistem pembelajaran dan silibus PASTI adalah bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah.


Lahirnya PASTI di bumi Sandakan ini adalah dengan izin Allah, cetusan idea dan komitmen pejuang-pejuang terdahulu yang cintakan Islam. Jasa dan pengorbanan mereka amat bermakna kepada perkembangan sistem pendidikan Islam walaupun hanya pada peringkat awal pendidikan anak-anak. Mereka telah menyemai benih-benih itu... dan akhirnya tunas-tunas Islam tumbuh subur di bumi 'mini Hong Kong' ini.

PASTI yang mula-mula sekali ditubuhkan di Sandakan ini ialah PASTI Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang terletak di Batu 1 1/2 pada tahun 1989.

Untuk rekod, guru PASTI yang pertama dan juga salah seorang pengasas PASTI di Sandakan ialah Pn Siti Sofiah Rafaei. Dan sehingga kini beliau masih setia menabur bakti sebagai seorang guru PASTI di PASTI yang sama sejak 19 tahun yang lalu.

Jasa dan pengorbanannya amat besar kepada PASTI khususnya dan kepada Islam amnya.

Usaha dan komitmen terus dicurahkan kepada PASTI. Pihak Pengurusan PASTI Kawasan Sandakan terus berusaha untuk memajukan pra-sekolah Islam ini. Walaupun jarak masa yang agak panjang iaitu 10 tahun, cita-cita untuk melihat tertubuhnya PASTI yang kedua akhirnya tercapai. Maka pada tahun 1999 muncullah PASTI Saidina Umar al-Khattab yang terletak di Taman Indah Jaya.

Tahun demi tahun berlalu... berkat kesungguhan, keikhlasan dan pengorbanan pencinta-pencinta Islam... akhirnya hari ini sudah terdapat 7 buah PASTI di Sandakan dan insyaAllah mulai sesi 2009 PASTI Kawasan Sandakan akan membuka 3 buah lagi cawangan PASTI.

Berikut nama-nama PASTI dan tahun penubuhannya;

1- PASTI Saidina Abu Bakar as-Siddiq (Batu 1 1/2) - 1989
2- PASTI Saidina Umar al-Khattab(Tmn Indah Jaya) - 1999
3- PASTI Saidina Uthman Ibn Affan (Tmn Mawar) - 2000
4- PASTI Saidina Ali Bin Abi Talib (Flat Kg Sim-sim) - 2002
5- PASTI Solahuddin al-Ayubi (Flat Tmn Sejati) - 2003
6- PASTI Saidina Hamzah (Tmn Damai) - 2008
7- PASTI Khalid al-Walid (Kg Tinusa 2) - 2008
Berikut nama-nama PASTI yang bakal beroperasai mulai Jan 2009

1- PASTI Zaid Bin Harithah (Kg Lupak Meluas, Karamunting)
2- PASTI Bilal Bin Rabbah (Flat MPS Karamunting)
3- PASTI Abdul Rahman Bin Auf (Tmn Kenari)

Berikut adalah senarai nama pengerusi-pengerusi PASTI Kawasan Sandakan sejak kewujudannya pada tahun 1989;
1- Ust Hasbullah Awang (Bekas pengetua SMK Agama Sandakan) - 1989 - 1990
2- Ust Azhar Yusof (bekas guru SM St Cecilia) - 1990 - 1991
3- Ust Sobri Muslim (bekas guru SM Sung Siew) 1991 - 1994
4- Ust Ridhuan Sa'arani (bekas guru SK Kem Tentera) 1994 - 1998
5- Sdr Yusri Ambang - 1998 - 2000
6- Sdr Nasruddin Lahapin - 2000 - 2005
7- Sdr Abdul Wahid Md Rafi - 2005 - 2007
8- Sdr Osman Madening - 2007
9- Sdr Ishar Hamka Ismail - 2007 hingga sekarang.
Semoga Allah memberkati segala usaha dan pengorbanan demi kesinambungan perkembangan sistem pendidikan berteraskan Islam ini. InsyaAllah.

No comments: