Saturday, November 22, 2008

Selamat Jalan buat Ust Ahmad Farihan...

Pihak Pengurusan PASTI Kawasan Sandakan mengucapkan selamat jalan kepada Ust Ahmad Farihan yang akan berpindah balik ke semenanjung mulai Januari 2009.

Untuk rekod, Ust Ahmad Farihan merupakan salah seorang AJK PASTI Kawasan Sandakan sesi 2008 iaitu sebagai AJK Unit Penilaian dan Peperiksaan.
Namun begitu, dengan kepakaran dan kemahiran yang beliau miliki dalam bidang IT dan multimedia, maka beliau banyak menyumbangkan tenaga dalam program-program PASTI yang melibatkan bidang tersebut.

Perpindahan beliau ke semenanjung iaitu di Pulau Pinang (bersebelahan dengan negeri kelahiran beliau, Kedah) merupakan satu kehilangan kepada PASTI Kawasan Sandakan.

Semoga muncul pengganti beliau bagi membantu memajukan PASTI di bumi Sandakan ini seperti pepatah melayu menyatakan 'patah tumbuh hilang berganti'.

Pihak PASTI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas jasa dan sumbangan beliau kepada PASTI Kawasan Sandakan. Mudah-mudahan Allah memberkati segala usahanya.

Pihak PASTI juga mendoakan agar beliau terus istiqamah memberi sumbangan kepada kerja-kerja Islam ini di tempat baru nanti.

Selamat maju jaya buat Ust Ahmad Farihan dan keluarga.

1 comment:

Zaidi Mustafa said...

Berita yang mengejutkan. Ana baru nak rapat dengan beliau.Kenapa terlalu awal berpindah. Sandakan masih memerlukan khidmat Ust Ahmad Farihan. Apa pun selamat berjuang di tempat baru. Jangan lupa Sandakan dan Sabah